
Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010
| Perutusan Dato' TYDP |
|
|
|
Perkembangan dunia ICT yang begitu pesat tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap peningkatan pembudayaan Teknologi Maklumat. Portal Rasmi ini merupakan satu saluran penyebaran elektronik yang boleh diakses dengan cepat,mudah dan tepat. Segala informasi yang disediakan diharap dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan MAIK dan secara tak langsung membantu MAIK dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi agama yang utama di negeri Kelantan. Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi MAIK. Saya selaku Timbalan Yang Dipertua mengalu-alukan respon yang membina dari semua pihak bagi membantu kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab sekali gus menyediakan mutu perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan bersama. Sekian,wassalam.
"KESETIAAN DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG" "BERTANI SATU IBADAH" "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
DATO' HJ KAMARUDDIN BIN HJ MOHD ZIN Bertarikh 1 November 2009
|
| Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian |