|
Ahad, 21 September 2008 05:28 |
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyediakan piagam pelanggan seperti berikut bagi mempastikan keperluan dan kepuasan pelanggan dipenuhi :
- Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada setiap pelanggan
- Memberi penerangan yang jelas dan kiraan taksiran yang tepat kepada Pembayar Zakat serta mempastikan setiap pembayaran dapat disiapkan dalam masa 5 hingga 10 minit
- Mempastikan agihan bantuan wang zakat kepada asnaf-asnaf dilakukan pada tahun semasa
- Memproses permohonan sewaan premis dan tanah MAIK dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan
- Menerima pembayaran sewaan premis dan tanah MAIK dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan segala pengaduan kerosakan bangunan-bangunan MAIK akan diambil tindakan dalam masa 2 minggu
|