PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

Objektif & Strategi PDF Cetak
Ahad, 01 November 2009 18:44

OBJEKTIF

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa objektifnya seperti berikut:

  1. Dakwah Islamiah yang berkesan
  2. Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah
  3. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah di kalangan orang-orangIslam di negeri Kelantan khususnya an di Malaysia amnya bagi mencapaiperpaduan ummah.
  4. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat Islam di Kelantan ; dan
  5. Melaksanakan usaha-usaha menambahkan harta dan sumber melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di Kelantan.

STRATEGI

Antara strategi yang diatur bagi mencapai objektif MAIK adalah sebagaimana berikut :

  • Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan MAIK.
  • Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
  • Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi.
  • Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat islam di kalangan fakir miskin, saudara baru, anak yatim, dan lain-lain.
  • Menggalak dan mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan.
 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian