PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DARUL AITAM PDF Cetak
Isnin, 02 November 2009 00:45


PENUBUHAN DARUL AITAM

Rumah Kebajikan Anak-anak Darul Aitam merupakan rumah kebajikan untuk penempatan anak-anak yatim dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penubuhannya adalah dibawah seksyen 7(1)(C) Enakmen MAIK 1966.

DARUL AITAM PUTERA mula beroperasi setelah pengambilan penghuni pertama pada  5hb Mei 1985 seramai 10 orang anak yatim putera. Mereka ditempatkan di sebuah bangunan wakaf di Jalan Yaakubiah (Jalan Dato' Lundang) sebelum berpindah ke tempat sekarang iaitu sebuah kompleks baru MAIK, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada Ogos 2006.

Manakala penubuhan DARUL AITAM PUTERI pula bermula setelah MAIK mengambil 30 orang anak yatim puteri yang ditempatkan di bangunan kuarters kerajaan yang telah diubahsuai di Jalan Raja Dewa, Kota Bharu Kelantan.

 

JUMLAH PENGHUNI TAHUN 2009

DARUL AITAM PUTERA          111 ORANG

DARUL AITAM PUTERI             71 ORANG
_________________________________

JUMLAH KESELURUHAN     182 ORANG
_________________________________


OBJEKTIF

  • Membantu memberi kemudahan dan kesempurnaan sara hidup kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dan dhaif
  • Membimbing melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup berdikari
  • Membimbing dan memberikan kemudahan pendidikan ilmiah ke arah mencapai kecemerlangan akademik.
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim dari golongan miskin
  • Memupuk keimanan dan mengukuhkan didikan rohaniah yang seimbang dan sempurna
  • Menerapkan nilai-nilai keagamaan bagi melahirkan anak-anak yatim yang dinamis progresif serta berakhlak mulia.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN/PENGAMBILAN ANAK YATIM

  • Anak yatim atau yatim piatu (kematian bapa)
  • Berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun
  • Peranakan Negeri Kelantan dan ibu bapa berasal dari Negeri Kelantan
  • Keluarga yang kurang berkemampuan (miskin)
  • Tanggungang keluarga yang ramai
  • Sihat tubuh badan
  • Berkelakuan baik
  • Keutamaan kepada yang maju dalam pelajaran

PROSES KEMASUKAN

1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi borang Borang Permohonan Kemasukan Darul Aitam
2. Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat Darul Aitam
3. Pihak Darul Aitam akan mengadakan lawat siasat ke rumah-rumah pemohon
4. Surat panggilan temuduga akan dihantar. Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
5. Proses temuduga akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
6. Pemohon yang berjaya akan mendaftar masuk ke Darul Aitam pada tarikh yang telah ditetapkan
7. Borang permohonan didapati di pejabat berikut:

1. Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Putera
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji
16100 Kota Bharu, Kelantan

2. Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Puteri
JKR 277 (N), Jalan Raja Dewa 2/20, Jalan Telippot,
15150 Kota Bharu Kelantan

3. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

Muat turun borang pengambilan

* Pengambilan dibuka -----

 

PENTADBIRAN DARUL AITAM

PROGRAM DAN AKTIVITI DARUL AITAM

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

SUMBER DAN PERBELANJAAN



 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian