
Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010
| MAAHAD TAHFIZ |
|
|
| Isnin, 02 November 2009 00:46 |
|
PENGENALAN Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1980 di bawah pengawasan Sahibul Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai urusetia. Pada permulaannya ia ditempatkan di masjid Muhammadi Kota Bharu dengan pengambilan pertama seramai 11 orang pelajar sahaja. Pada penghujung tahun 2006, para pelajar telah dipindahkan sepenuhnya ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.
Daripada MTQ MNaahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz Al-Quran yang merangkumi empat bidang pengajian iaitu Hafiz Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Akademik diletakkan dibawah pengurusan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Wujudnya Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) adalah cetusan Kebawah Duli Yang MahaMulia Tuanku Al-Sultan Kelantan pada pebghujung 1992 selepas tamatnya Kelas Pengajian Tafaqquh di Masjid Muhammadi tahun 1989. Objektif Penubuhan:
Falsafah: MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG BERTAQWA, BERILMU, BERMANFAAT KEPADA PEMBANGUNAN UMMAH DAN NEGARA. Moto: AL QURAN ASAS KECEMERLANGAN
Maahad ini menjadi wadah kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu Al Quran, melahirkan insan yang berkualiti serta memahami Islam secara syumul, seimbang diantara mengejar kecemerlangan dunia dan kebahagian di akhirat serta mempunyai daya juang yang tinggi selaras dengan tuntutan zaman.
Misi : Berazam untuk mengembeling tenaga dan keupayaan minda secara kolektif dengan penuh iltizam bagi mengangkat martabat pelajar ke arah generasi yang memahami serta menjadikan Al Quran dan Al Hadith sebagai amalan dan panduan.
Sejarah Penubuhan Dan Perkenbangan 1. KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH 1.1 Sejarah Penubuhan Pada pertengahan tahun 80-an, Kelas Pengajian Tafaqquh telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan berpusat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Kelas ini adalah di bawah pengawasan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Sahib al- Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim. Kelas ini bermula dengan 11 orang pelajar dan menggunakan khidmat 5 orang tenaga pengajar sukarela. 1.2 Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Tafaqquh: Seramai 5 orang tenaga pengajar telah berkhidmat secara sukarela dan mereka ialah: SS Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim Al Fadhil Dato' Hj Hasbullah bin Mohd Hassan Us Hj Yusoff bin Omar Us Hj Mahamed bin Yusoff Us Hj Ismail bin Ab. Rahman. 1.3 Generasi Pertama Kelaas Pengajian Tafaqquh (Fasa 1) Seramai 11orang pelajar telah melakar sejarah penubuhan Kelas PEngajian Tafaqquh. Daridapa jumlah tersebut 8 orang sahaja telah berjaya menamatkan pengajian pada 15.06.1987. 1.4 Kelas Pengajian Tafaqquh Fasa Kedua (sambungan) Setelah Kelas Pengajian Faqquh tamat pada 15.06.1987, 8 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka telah mengemukakan rayuan kepada MAjlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk meneruskan peruntukan kewangan daripada pihak MAIK. Pada 16.06.1987, Kelas Pengajian Tafaqquh (Fasa II) telah diteruskan lagi sehinggalah para pelajar tamat pengajian pada 31.12.1989. Mereka telah dilantik MAIK sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Al-Quran) Kontrak Gred C 11 pada 01.01.1990. 1.5 Kelas Pengajian Tafaqquh Fasa Tiga (penubuhan semula) Atas haasrat Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan, Kelas Pengajian Tafaqquh (Fasa II) yang telah tamat pada 31.12.1989 dihidupkan kembali. Usaha-usaha telah dilakukan dan kemudiannya pada tahun 1993, kelas ini telah dihidupkan kembali di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Beberapa perubatan yang dilakukan ialah: 1- Sukatan baru diperkenal iaitu pengajian tahfiz 1.6 Pengendalian Kelas Pengajian Peringkat awal penubuhan ini pengendalian kelas ini telah menggunakan khidmat 6 orang tenaga pengajar. Mereka ialah: 1. En. Mohd Subki bin Ab. Rahman (Pengetua/BA Hons Syariah) 2. En. Ab. Razak bin Ibrahim (Guru/Dip Tahfiz JAKIM) 3. En. Nik Fadhal bin Nik Ahmad (Guru/Dip Tahfiz JAKIM) 4. Haji Ismail bin Yusoff (Guru Sambilan) 5. Haji Salleh bin Mahmood (Guru Sambilan) 6. Haji Syaari bin Mustafa (Guru Sambilan) 1.7 Kurikulum Pengajian Pada penghujung 1992, pihak Penglola dan anggota jawatankuasanya telah bersetuju untuk menerima pakai kurikulum Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran. Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur sebagai kurikulum pengajian Kelas Pengajian Tahfiz MAIK ini. 1.8 Permohonan Mengadakan Program Diploma Pada 01.02.1993, satu permohonan telah diajukan kepada Pengarah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran. Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama bagi Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat dan permohonan ini telah diluluskan. 1.9 Menyertai Program Diploma Buat pertama kalinya pada tahun 1995, 13 orang pelajar telah dihantar sebagai calon peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM. Seramai 8 orang calon telah berjaya mendapatkan Diploma Tahfiz JAKIM. 5 orang daripada mereka telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di dalam bidang Takhassus Qiraat di Al-Azhar, Mesir, 2 orang dilantik ke jawatan imam (Gred S7) dan 1 ke jawatan guru berelaun di Maahad Tahfiz MAIK ini. 2.0 Perubahan Sistem Kurikulum Pada pnghujung Mei 2000, sistem kurikulum telah menerima perubahan. Sistem pengajian dari tahun ke tahun telah diubah kepada sistem semester. Sistem ini bermaksud tempoh pengajian adalah selama 6 semester atau 3 tahun sahaja (2 semester = 1 tahun) Perubahan ini ekoran perubahan sistem pengajian yang berlaku diperingkat institut Tahfiz al-Quran dari sistem tahunan kepada sistem semester. Nama Institut Tahfiz al-Quran juga telah diubah kepada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2.1 Pertukaran Nama Kelas Pengajian Tahfiz al-Quran Seterusnya pada tahun 2007, nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK telah diubah kepada nama baru iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. NAma ini telah digunakan sehingga ke hari ini. 2.2 Perpindahan Pusat Pentadbiran, Pengajian dan Penginapan Pelajar. Pada 26.12.2006, pentadbiran, pengajian dan asrama pelajar telah dipindahkan ke tempat baru iaiatu di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu Kelantan. Perpindahan ini melibatkan semua pelajar seramai 26 orang (pada waktu tersebut) 2. Pentadbiran 2.1 Jawatankuasa Pengelola Bagi tujuan melicinkan pentadbiran MTQMAIK, satu jawatankuasa khas telah dibentuk pada penghujung tahun 1995. Anggota Jawatankuasa Pengelola ini terdiri daripada : 1. Yang Dipertua MAIK 2. Timbalan Yang Dipertua MAIK 3. Mufti Kerajaan NEgeri Kelantan 4. Ketua Hakim Syarie 5. Setiausaha MAIK 6. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK 7. Pegawai Agama MAIK 8. Pegawai Urusan Sumber MAIK 2.2 Jawatankuasa Pengurusan Seterusnya, satu jawatankuasa Pengurusan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada: 1. Mufti Kerajaan Negeri Kelantan -Pengurusi 2. Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK -Setiausaha 3. Ketua Hakim Syarie -Ahli 4. Setiausaha MAIK -Ahli 5. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK -Ahli 6. PEgawai Agama MAIK -Ahli 7. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola -Ahli Kurikulum MTQ 1. Kurikulum Pengajian Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum pengajian tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor. Sistem Pengajian ini adalah selama 3 tahun dan dibahagikan kepada 6 semester. Ianya dibahagikan sepertimana di bawah: TAHUN PERTAMA Semester I Semester II TAHUN KEDUA Semester III Semester IV TAHUN KETIGA Semester V Semester VI 2. Sukatan Pengajian Diploma Sukatan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al Quran bersama Darul Quran JAKIM SUKATAN BARU DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN BAGI SEMESTER 1, 2, 3, 4, 5, 6 TAHUN 1 SEMESTER 1
TAHUN 1 SEMESTER 2
TAHUN 2 SEMESTER 3
TAHUN 2 SEMESTER 4
TAHUN 3 SEMESTER 5
TAHUN 3 SEMESTER 6
3. Peperiksaan Segala soalan peperiksaan Diploma adalah digubal oleh Darul Quran. Manakala peperiksaan pula dilaksanakan di Maahad ini bagi semester 1 hingga 5, semester akhir ( semester 6 ) ianya dilaksanakan di Darul Qura. Sijil Perolehan dan Peluang Melanjutkan Pelajaran. Setelah tamat pengajian Tahfiz Al-Quran di Maahad ini, pelajar-pelajar diberi peluang menduduki peperiksaan bersama Diploma Darul Quran. Pelajar-pelajar akan diberi anugerah Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran oleh Darul Quran JAKIM. Kemasukkan SISTEM PENGAJIAN Sistem Pengajian Maahad Tahfiz al-Quran MAIK adalah berbentuk hafazan al-Quran, Pengajian Qiraat 7, Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Ianya dilaksanakan bersama Darul Quran JAKIM. Para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ini akan mendapat Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran (JAKIM). SYARAT KEMASUKKAN
1.Bahasa Malaysia 2.Bahasa Arab (komunikasi atau tinggi) 3.Pendidikan Al Quran & Sunnah 4.Pendidikan Syariah Islamiah 5.Tassawur Islam 6.Lulus Bahasa Inggeris 7.Dan lulus Ujian temuduga pengambilan pelajar |
| Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian |