PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

PERKHIDMATAN PENERBITAN PDF Cetak
Khamis, 01 Oktober 2009 23:47

SEJARAH PENGASUH

Pengasuh yang merupakan satu-satunya majalah terbitan MAIK yang menggunakan tulisan jawi.

  • Naskah sulung majalah Pengasuh mula diterbitkan pada 11hb Julai 1918 bersamaan 1hb Syawal 1336.
  • Pada zaman Dato' Yusoff Zaky (Pengarang Pengasuh awal tahun 1975),kandungan Pengasuh tampil dengan edisi baru. Beliau telah memperkenalkan siri "Tokoh Ulama" kemudiannya siri ini telah dibukukan oleh MAIK dengan judul "Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu I dan II".
  • Tulisan-tulisan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh ulama ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pengkaji sejarah. Pengasuh juga sesuai dijadikan asas rujukan ilmu kerana tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam majalah ini adalah tulisan yang membincangkan sesuatu isu secara ilmiah dan akademik.


Pelbagai perubahan yang ketara berlaku seperti :

  • Tempoh keluaran : Pada peringkat awal, ia diterbitkan setiap 15hb, kemudian kepada mingguan dan bulanan. Dan sekarang ia menjadi majalah dwi bulanan.
  • Saiz majalah : Bermula dengan saiz 8.1 inci lebar dan 12.6 inci panjang pada awal terbitannya. Bentuk fizikal lebih besar menyamai ukuran akhbar tabloid sekarang. Halaman bertambah daripada 18 halaman ke 24 halaman sehinggalah ke  60 halaman pada masa sekarang.
  • Isi kandungan : Pengasuh telah melalui zaman yang berbeza-beza kerana pengarang atau editornya bertukar mengikut peredaran zaman. Mesej yang disampaikan tetap sama iaitu mesej-mesej yang berunsur Islam yang diterjemahkan melalui pelbagai disiplin ilmu.
  • Harga : Pengasuh pada hari ini dijual pada harga RM3.00 senaskah berbanding harga dahulu (1940-an) iaitu 15-20 sen. Ini selaras dengan perubahan kualiti kertas dan harga kos semasa.
  • Pengasuh juga disediakan dalam bentuk berjilid setiap dua tahun.





PENERBITAN BUKU-BUKU UMUM

Unit Penerbitan juga diberi tanggungjawab menerbitkan buku-buku bacaan umum untuk jualan kepada orang ramai. MAIK sebagai sebuah agensi agama menyedari bahawa perlunya mempergiatkan usaha dakwah yang berterusan melalui pelbagai metod atau manhaj yang berbeza di mana bidang penulisan adalah salah satu daripada cabangnya.

Bagi merealisasikan objektif ini, MAIK telah menerbitkan pelbagai judul buku berunsurkan Islam. Usaha yang telah dilakukan ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi usaha-usaha dakwah melalui bidang penulisan di samping dapat menggalakkan serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Islam khususnya terhadap bahan-bahan bacaan yang bertemakan agama. Sambutan yang diberikan oleh pembaca amat menggalakkan sehingga sesetengah judul buku habis terjual dalam masa yang singkat dan ada juga yang diulang cetak lantaran permintaan yang begitu tinggi.

Antara buku-buku yang tersedia untuk jualan adalah seperti berikut :

 


SINOPSIS BUKU [klik disini]


SINOPSIS BUKU [klik disini]



SINOPSIS BUKU [klik disini]



SINOPSIS BUKU [klik disini]



SINOPSIS BUKU [klik disini]



SINOPSIS BUKU [klik disini]



SINOPSIS BUKU [klik disini]



BUKU-BUKU/RISALAH PERCUMA

Selain daripada menerbitkan buku-buku bacaan umum, unit Penerbitan juga menerbitkan buku/risalah di bawah penerbitan percuma. Buku/risalah ini pada kebiasaannya adalah merupakan buku-buku bacaan yang ringan tetapi sarat dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat. Ia diterbitkan antara lain bagi memberi maklumat-maklumat yang tepat di atas sesuatu isu agama yang berlaku, memberi panduan-panduan tertentu dalam menjalani ibadat-ibadat tertentu, khususnya diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul, Isra' dan Mikraj, Ramadhan dan sebagainya. Antara judul-judul buku/risalah percuma yang boleh didapati di MAIK adalah seperti berikut :

1.  Koleksi Ramadhan
2.  Panduan Sembahyang untuk Pesakit
3.  Risalah Isra' dan Mikraj
4.  Risalah Surah al-Kahfi
5.  Mandi, Hukum dan Pembahagiannya
6.  Risalah Taubat Nasuha
7.  Bacaan-bacaan Dari Sunnah Rasulullah
8.  Hukum Orang Yang Meninggalkan Sembahyang
9.  Risalah Ramadhan
10.Ibadah Azan dan Iqamah

 

** BORANG LANGGANAN PENGASUH/PESANAN BUKU-BUKU TERBITAN MAIK [klik disini]

Keterangan Lanjut (Sila Hubungi) :

PENERBITAN MAIK,

MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN,

KOMPLEKS BALAI ISLAM, LUNDANG,

JALAN SULTAN YAHYA PETRA,

15200 KOTA BHARU

(U/P : Pegawai Penerbitan)

Tel: 09-7481512 (samb.223)
Faks: 09-7444393

 

 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian