PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PDF Cetak
Jumaat, 30 Oktober 2009 00:39

PENUBUHAN

Idea Penubuhan Perputakaan Islam MAIK sejatinya telah lama dikandungkan oleh ilmuan dan cendiakawan Islam negeri Kelantan, teapi tetapi perlaksanaan tertangguh kerana ketiadaan bangunan yang layak dan sesuai. Hasrat ini kemudiannya tercapai selepas MAIK berpindah ke bangunan baru pada 16 Febuari 1990. Bangunan tersebut dijadikan sebuah perpustakaan Islam. Perpustakaan ini telah disempurnakan persmiannya oleh KDYMM al-Sultan Kelantan pada 11 November 1991. Pada 1 Oktober 2006, Perpustakaan Islam telah berpindah ke tingkat 3, bangunan tambahan MAIK. Perpindahan tersebut adalah bagi menjaga khazanah-khazanah perpustakaan yang dikhuatiri rosak akibat pembaikan bangunan perpustakaan lama. Sesuai dengan namanya, kebanyakan bahan atau koleksi buku yang terdapat di perpustakaan ialah dalam bidang agama dan bahasa Arab yang khusus diimport dari negara Timur Tengah sepeti Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Jordan. Walaubagaimanapun, terdapat juga rujukan-rujukan dalam bidang-bidang lain, sama ada bagi koleksi lama atau terpilih.

PENGENALAN

Perpustakaan Islam MAIK disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 11 November 1991. Ia dijadikan pusat rujukan ilmu-ilmu Islam bagi memudahkan para pelajar, pendidik, para ulama dan lain-lain.

Perpustakaan Islam MAIK telah dibuka kepada umum pada 1 Oktober 2006 setelah berpindah ke tingkat 3, bangunan tambahan, MAIK. Perpindahan tersebut adalah bagi menjaga khazanah-khazanah perpustakaan yang dikhuatiri rosak akibat pembaikan bangunan perpustakaan lama.

 

Sistem perpustakaan yang diguna pakai di sini adalah perisian micro CDS/ISI yang mematuhi syarat-syarat lesen perjanjian dengan UNESCO iaitu berpandukan Library of Congress Subjects Headings, Library of Congress Classifications dan peraturan ALA bagi menfailkan kad-kad katalog (The ALA rules for Filing Catalogue).

 

 

 

PENGGUNAAN SISTEM PANGKALAN DATA PERPUSTAKAAN


Bagi memudahkan pencarian bahan di perpustakaan, pangkalan data WIN ISIS telah digunakan. Ini bagi menggantikan penggunaan kad katalog. Sistem WIN ISIS merupakan standard antarabangsa bagi katalog perpustakaan. Ia berfungsi:

 

  • merekod dan menambah rekod ke dalam pangkalan data.
  • pencarian semula maklumat.
  • menanda rekod-rekod dalam pangkalan data.

Pangkalan data ini melaksanakan pengkatalogan secara berkomputer di perpustakaan. Ia melibatkan :

  • katalog
  • inventori (data)
  • rekod pengguna


KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Kebanyakan bahan atau koleksi buku yang terdapat di perpustakaan ialah dalam bidang agama dan Bahasa Arab yang khusus diimport dari negara Timur Tengah. Walaubagaimana pun, terdapat juga rujukan-rujukan dalam bidang-bidang lain. Sehingga tahun 2008, koleksi buku-buku di perpustakaan MAIK dianggarkan sebanyak 9856 buah. Antara koleksi yang terdapat di perpustakaan ialah :

  • Buku (naskah Arab, Melayu dan Inggeris)
  • Majalah-majalah Ilmiah
  • Surat Khabar
  • Laporan Tahunan MAIK
  • Kertas-kertas Kerja
  • Kitab-kitab Lama

 

POLISI PINJAMAN

  • Keahlian dibuka kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK, jabatan Kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, pendidik, golongan profesional dan penyelidik.
  • Tempoh pinjaman adalah selama 2 minggu
  • Peminjam adalah bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan buku-buku yang telah dipinjam
  • Denda bayaran dua kali ganda akan dikenakan di atas kerosakan dan kehilangan buku-buku tersebut

 

WAKTU URUSAN PERPUSTAKAAN MAIK

 

AHAD - RABU : 8.00 pagi - 4.45 petang

KHAMIS : 8.00 pagi - 4.30 petang

JUMAAT & SABTU : CUTI

NO.TELEFON : 09-748 1512

NO.FAX : 09-

 

Keterangan Lanjut (Sila Hubungi) :

PERPUSTAKAAN ISLAM MAIK,

MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN,

KOMPLEKS BALAI ISLAM, LUNDANG,

JALAN SULTAN YAHYA PETRA,

15200 KOTA BHARU

(U/P : Penolong Pegawai Perpustakaan)

 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian