PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

Perkhidmatan Baitulmal/ Wakaf PDF Cetak
Ahad, 31 Januari 2010 17:00

Unit Pembangunan Baitulmal

Unit (Baitulmal/Wakaf) dikawalselia oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan disokong oleh 3 Pembantu Tadbir N17 serta seorang Pembantu Pegawai Baitulmal/Wakaf (Kontrak) dan Penolong Pegawai Penilaian. Unit ini turut mendapat bantuan 2 orang Penolong Pegawai Tanah di bawah seliaan Unit Pengurusan Projek.

 

Bidang Kuasa dan Fungsi

 

  • Merekod dan mengenalpasti hartanah Baitulmal/Wakaf.
  • Mengawal, menambah dan memajukan hartanah Islam mengikut ketentuan syarak.
  • Menuntut/menerima dan mentadbir Harta Pusaka orang Islam yang mati dan tiada pewaris.
  • Menuntut/menerima dan mentadbir harta pusaka orang Islam yang mati dan mempunyai waris tetapi tidak ada mewarisi pusaka simati.

 

Sumber

  • Sumbangan Kerajaan
  • Harta yang diwakafkan oleh individu
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma/faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang di temui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal

 

Aktiviti

 

  • Mentadbir harta baitulmal/wakaf.
  • Urusan perwakafan hartanah
  • Urusan penebusan harta Baitulmal
  • Urusan habuan/agihan pewakafan
  • Mengurus permohonan sewaan penggunaan tanah wakaf
  • Mengawal aktiviti pencerobohan ke atas hartanah wakaf
  • Mengurus pengambilan balik hartanah wakaf/baitulmal

 

 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian