
Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010
| Perkhidmatan Unit Pengurusan Masjid |
|
|
| Rabu, 03 Februari 2010 18:35 |
|
PERLANTIKAN PEGAWAI MASJID MUKIM Antara perkhidmatan utama Unit Pengurusan Masjid ialah mengurus perlantikan Pegawai Masjid Mukim yang terdiri daripada Imam Tua, Imam Muda dan Bilal. Iklan Jawatan Kosong Unit ini akan mengeluarkan iklan jawatan kosong sekiranya terdapat kekosaongan jawatan di mana-mana masjid mukim. Iklan akan dihantar kepada Imam masjid berkenaan untuk dihebahkan kepada anak mukim. Tarikh tutup permohonan adalah sebulan dari tarikh iklan dikeluarkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diterima manakala permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas daripada tarikh tutup iklan tidak akan dilayan. Muat Turun Borang [Klik Di Sini...] Ujian Tahriri (Bertulis) Ujian Tahriri (Bertulis) diadakan khusus untuk calon yang memohon bagi jawatan Imam sahaja. Manakala calon Bilal tidak disyaratkan menduduki ujian tersebut. Bagi ujian Tahriri ini calon diwajibkan mengambil 3 kertas ujian utama yang terdiri daripada Feqah Munakahat, Fekah Ibadat dan Tauhid dan dikehendaki lulus ujian tersebut. Markah lulus bagi Feqah Munakahat dan Fekah Ibadat ialah 40% manakala Tauhid ialah 50%. Walaubagaimanapun calon-calon berikut dikecualikan daripada ujian tahriri: a) Memiliki sijil SMU dan ke atas b) Imam Muda yang memohon jawatan Imam Tua c) Memiliki sijil Kursus Pra Imam Ujian Syafawi (Lisan) Calon yang lulus ujian tahriri (bertulis) atau calon yang dikecualikan ujian tahriri (bertulis) dan calon Bilal akan dijemput menghadiri ujian syafawi (lisan) yang merangkumi bacaan al-Fatihah, surah lazim, tahiyyat dan khutbah (Imam)/ azan dan iqamah(Bilal). Ujian ini akan dikendalikan oleh sebuah Panel. Borang Kaji Selidik Borang kaji selidik ke atas calon yang lulus kedua-dua ujian di atas akan dihantar kepada Ketua Jajahan dan Pegawai Agama Jajahan bagi mendapat pandangan dan sokongan. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Imam Calon yang lulus ujian, disokong oleh Ketua Jajahan dan Pegawai Agama Jajahan dijemput untuk sesi temuduga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Imam. Ampuni Perkenan KDYMM al-Sultan Calon yang lulus dalam sesi temuduga akan diangkat kehadapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan bagi mendapat ampuni perkanan baginda untuk dilantik ke jawatan yang dipohon. Surat Perlantikan Surat perlantikan akan dikeluarkan secara rasminya setelah mendapat ampuni perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : Pegawai Hal Ehwal Masjid : En. Mahamad Azmi b. Hj Zakaria e-mail : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ext : 212 |
| Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian |