PROFAIL MAIK

INFO ZAKAT



e-DIARI MAIK

Tarikh Akhir Kemaskini :
10 Ogos 2010

Perkhidmatan Dakwah PDF Cetak
Ahad, 07 Februari 2010 18:37

BIDANG TUGAS

  • Melaksanakan aktiviti dakwah ke dalam dan keluar.
  • Memproses permohonan tauliah mengajar agama yang dikeluarkan oleh MAIK menurut kuasa yang diberi oleh Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen 4/94).
  • Melaksanakan urusan yang berkaitan dengan Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM yang dilantik dan berkhidmat di Kelantan.
  • Memperakukan pindaan nama orang Islam untuk tindakan Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Memproses perakuan untuk penyambungan visa pelajar Islam, guru agama dan saudara baru luar negara yang berada di Kelantan.
  • Larangan terhadap ajaran salah di bawah enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 Seksyen 93 Bhg V.
  • Bertanggungjawab ke atas pendaftaran dan pengawalan sekolah-sekolah agama dan institusi-institusi pengajian agama.
  • Aktiviti dakwah di bahagikan kepada dua iaitu:

    • Dakwah ke dalam
    • Dakwah ke luar

 

AKTIVITI DAKWAH KE DALAM


Dakwah ke dalam ialah program atau aktiviti dakwah yang diadakan khusus kepada saudara baru bukan Orang Asli. Ianya terdiri daripada saudara baru pelbagai bangsa. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

 

1. Program pengajaran Agama di Masjid-masjid mukim

  • Program ini diadakan menerusi pengajian bersiri dan berterusan yang disampaikan oleh 88 orang guru-guru agama yang dilantik khas oleh MAIK untuk mengajar agama di 335 buah masjid yang ditetapkan. Setiap guru yang ditetapkan mengajar di empat buat masjid mukim dengan kekerapan sebanyak empat kali sebulan bagi sebuah masjid atau 16 kali bagi empat buah masjid. Guru agama MAIK dibayar elaun sebanyak RM25 bagi satu kuliah yang diadakan atau RM400 bagi 16 kali yang ditetapkan.

2. Program Kuliah di Masjid Kepala Jajahan/Bandar

  • Bagi melaksanakan program ini seramai 9 orang guru telah dilantik bagi mengadakan kuliah pada setiap pagi Jumaat di masjid-masjid bandar kecuali Kota Bharu, Gua Musang dan Jeli.

3. Panduan Tauliah Mengajar

4. Perakuan Pindaan Tukar Nama Bagi Orang Islam

5. Surat Sokongan Belajar/Mengajar di Kelantan

6. Pendaftaran Saudara Baru

7. Kursus Mingguan Saudara Baru

  • Bertempat di Balai Islam, Lundang kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Perkara-perkara yang diberi penekanan dalam kursus tersebut ialah Al-Quran, Feqah, Tauhid dan cara-cara mendirikan ibadat khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. Perbelanjaan makan minum ditanggung oleh pihak JHEAIK, manakala perbelanjaan tambang menambang ditanggung oleh pihak MAIK berdasarkan pada kawasan.

 

AKTIVITI DAKWAH KELUAR

 

Dakwah keluar ialah program dan aktiviti dakwah yang diadakan untuk saudara baru Orang Asli. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah :

  • Kursus Fardhu Ain
  • Program Pengenalan Islam
  • Lawatan Dakwah ke Perkampungan Orang Asli
  • Antara Program Dakwah kepada Orang Asli dan Bukan Islam ialah :

    • Kursus Penghayatan Agama
    • Kursus Pra Perkahwinan
    • Program Ziarah Bersepadu
    • Program Pertandingan Nasyid dan Sepak Takraw
    • Kursus guru Agama Orang Asli
    • Perkhidmatan Berkhatan
    • Program Sambutan Hari Kebesaran Islam
    • Sumbangan Hari Raya
    • Lawatan Berkala
    • Program Kursus Mingguan Saudara Baru

 

 

PENEROKAAN PORTAL MAIK

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafian