• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2012

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KONVOI KEMBARA ZAKAT 2012

04 DISEMBER 2013 - Program Konvoi Kembara Zakat 2012 Sempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) Bagi Zon Pantai Timur dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diadakan pada 12 hingga 14 Disember di 3 buah negeri iaitu Negeri Pahang (12 Disember 2012), Negeri Terengganu (Kemaman dan Marang) pada 13 Disember 2012 dan Negeri Kelantan (Pondok Hidayah II,Machang) pada 14 Disember 2012.

Antara yang terlibat menyumbang tenaga ialah kakitangan MAIK, kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, peserta konvoi Negeri Terengganu (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Kelantan), peserta konvoi Negeri Pahang (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang).

Konvoi Kembara Zakat bermula di Kuantan pada 12 Disember 2012 jam 9.00 pagi. Majlis Taklimat dan Pelepasan dijalankan di Kompleks Asnaf majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang terletak di kampung Pahang, Kuantan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Acara Konvoi Kembara Zakat 2012 Zon Pantai Timur berjalan sebagaimana berikut :

  • DI NEGERI PAHANG :

    Taklimat Penerangan dan Lawatan ke rumah penghuni di Kompleks Asnaf Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang yang terletak di Kampung Pahang, Kuantan. Pelepasan Peserta Konvoi Kembara Zakat 2012 Zon Pantai Timur oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan, Timbalan Yang DiPertua, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.

  • DI NEGERI TERENGGANU:

    Lawatan dan penyampaian bantuan kewangan dan barangan ke rumah En. Zulkifli Bin Ngah di Rumah Murah Bukit Kuang, Kemaman. Anak kembar siam ini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan disebabkan mereka berfungsi satu jantung sahaja. Lawatan ke Pusat Latihan Asnaf di Marang (anjuran bersama MAIDAM dan Pusat Giat Mara Terengganu). Lawatan dan penyampaian bantuan ke rumah En. Tahir Bin Musa(cacat penglihatan).

  • DI NEGERI KELANTAN :

    Perasmian program di Pondok Hidayah II, Machang dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Ismail Bin Hasbullah, Ketua Jajahan Machang disusuli majlis penyampaian bantuan zakat kepada 100 orang penerima asnaf fakir miskin. Aktiviti gotong-royong dijalankan bersama warga Pondok Hidayah II.

Kerjasama antara JAWHAR dan MAIN/AMZ sangat baik dan semua aktiviti berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini413
Kelmarin1693
Minggu Ini413
Bulan Ini42331
Keseluruhan336646

X