• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KONVOI KEMBARA ZAKAT 2013

04 DISEMBER 2013 - Program Konvoi Kembara Zakat 2, 2013 Sempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) Bagi Zon Pantai Timur dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2013 di 3 buah negeri iaitu Negeri Kelantan (1 Disember 2013), Negeri Terengganu (1 & 2 Disember 2013) dan Negeri Pahang (3 Disember 2013).

Tujuan program diadakan adalah untuk :

  • Mempromosikan JAWHAR dan MAIK dan agensi kutipan zakat di mata masyarakat setempat.

  • Menggabungkan idea-idea baru untuk perlaksanaan dakwah dan agihan zakat di negeri masing-masing.

  • Mempromosikan khidmat bayaran dan agihan yang dilaksanakan oleh semua MAIN/AMZ di setiap negeri terlibat.

  • Menyediakan platform yang amat berkesan kepad agensi/badan kerajaan dan swasta yang berminat untuk turut sama menyumbang kepada golongan
    asnaf dan miskin yang memerlukan.

Antara yang terlibat menyumbang tenaga ialah kakitangan MAIK, kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, peserta konvoi Negeri Terengganu (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Kelantan), peserta konvoi Negeri Pahang (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang).

Kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi terlibat dalam menjayakan konvoi kembara ini telah menghasilkan satu natijah yang baik untuk mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini112
Kelmarin975
Minggu Ini7943
Bulan Ini29819
Keseluruhan138180

X