• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KE PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR, DESA SAKINAH

13 Mac 2015 bersamaan 22 Jamadiawal 1436H (Jumaat) – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan lawatan ke pusat penempatan sementara mangsa banjir, Desa Sakinah bertempat di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai.

Dalam lawatan tersebut YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail iaitu Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 48 buah keluarga penghuni Desa Sakinah.

Selain itu juga, YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail menyampaikan 5 bakul bayi yang berisi keperluan bayi kepada ibu yang baru melahirkan anak bagi membantu para ibu memberi penjagaan dan keselesaan kepada bayi mereka. Bakul Bayi adalah merupakan cetusan idea Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, dimana melalui pemerhatian baginda, sumbangan Bakul Bayi ini dapat membantu meringankan beban golongan asnaf yang tidak berkemampuan.

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2159
Kelmarin2742
Minggu Ini4901
Bulan Ini61948
Keseluruhan1279558

X