• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK DI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KOTA BHARU

26 Oktober 2016 (Rabu) - Walaupun Pusat Transformasi Bandar (UTC) belum lagi dirasmikan, semua agensi kerajaan negeri termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuka kaunter masing-masing di aras 2 bangunan ini.

Masing-masing kaunter akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari termasuk hari minggu, manakala cuti umum perkhidmatan kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup.

Petugas MAIK yang turut hadir pada 16 Oktober 2016 iaitu hari pertama pembukaan kaunter mengesahkan orang ramai belum mengetahui secara jelas khidmat yang ditawarkan di sini. Sebenarnya kaunter MAIK yang bersebelahan dengan kaunter Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menawarkan khidmat:

    1. Pengiraan Zakat
    2. Pembayaran Zakat
    3. Semakan Bantuan Asnaf
    4. Waqaf Tunai
    5. Permohonan Skim Latihan

Bagaimanapun sebagai petugas yang diberi amanah oleh pihak MAIK, beberapa perkara yang berhubungan dengan MAIK boleh ditanyakan terus ke kaunter ini.

Pihak MAIK berharap dengan pembukaan kaunter ini, pelanggan atau ‘stake holder’ yang berurusan dengan MAIK dapat menjimatkan masa mereka untuk datang ke pejabat MAIK di Kompeks Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Para pelanggan dan orang ramai boleh memberikan saranan bagi sebarang cadangan untuk penambahbaikan kaunter yang baru dibuka ini di emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1332
Kelmarin1146
Minggu Ini10222
Bulan Ini34413
Keseluruhan528270

X