• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KONVOI KEMBARA ZAKAT 2016

Konvoi Kembara Zakat bagi tahun 2016 telah diadakan Negeri Kedah di Daerah Yan, Gurun dan Sik pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) hingga 16 Oktober 2016 (Ahad) yang disertai oleh semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di seluruh Malaysia.

Tujuan konvoi ini dianjurkan bagi mempromosikan khidmat bayaran dan agihan yang dilaksanakan oleh semua MAIN/AMZ di setiap negeri terlibat, menggabungkan idea-idea baru untuk perlaksaan dakwah dan agihan zakat di negeri masing-masing disamping untuk merapatkan jalinan persefahaman antara JAWHAR dan MAIN/AMZ sebagai entity yang telah diberikan amanah untuk menguruskan dana zakat dengan golongan masyarakat selaku pemerhati.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd , Ketua Pengarah JAWHAR yang diadakan di Tabung Haji Hotel, Kedah Darul Aman.

Pada hari kedua, sebelum konvoi bermula, sesi taklimat mengenai perjalanan program telah disampaikan oleh wakil daripada tuan rumah iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga urusetia program, JAWHAR. Selepas sesi taklimat, konvoi berlepas ke Pusat Hemoedialisis, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan seterusnya ke tapak projek pembangunan Surau Al-Barakah di Kampung Batu 8, Jalan Jeniang, Gurun, Kedah. MAIK turut menyumbang sebanyak RM5,000 bagi tujuan pembinaan surau tersebut. Konvoi seterusnya bergerak ke Majlis Penyerahan Bantuan Bina Rumah LZNK di Kampung Tandop Gajah Putih, Jenerai, Sik, Kedah. Selepas makan tengahari, konvoi bergerak ke Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah.

Hari ketiga, konvoi diteruskan ke Pondok Misbah Al-Falah, Parit Panjang dan taklimat disampaikan oleh Ustaz Md. Mukhtar Bin Haji Omar Zuhdi, selaku pengetua pondok sebelum lawatan ke sekitar-sekitar pondok berkenaan. Program bersurai selepas makan tengahari lebih kurang jam 1.00 petang.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

flickr
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini57
Kelmarin1365
Minggu Ini57
Bulan Ini30210
Keseluruhan417768

X