• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF NOVEMBER 2016

kg-sungai-seligi-pasir-puteh

YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan wang zakat kepada Siti Noralwani binti Ramli di Kampung Sungai Seligi, Pasir Puteh Kelantan pada 6.11.2016. Sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan rawatan Siti Noralwani binti Ramli menghidap penyakit ketumbuhan dalam kepala dan sekarang lumpuh serta tidak mampu melihat.

pantai-senok-bachok

YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan wang zakat kepada Mazlan bin Taib di Pantai Senok, Bachok pada 6.11.2016. Sumbangan ini adalah untuk menampung rawatan perubatan anak sulung beliau yang menghidap sakit kanser tulang dan akan mendapat rawatan di Hospital Putra Jaya. Beliau juga tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit bengkak hati. Isteri cuma berniaga kedai makan dengan pendapatan RM500-RM800 sebulan .

kg-gong-tengah-pengkalan-chepa

YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan wang zakat kepada Roslan bin Abu Bakar di Kampung Gong Tengah, Jalan Pulau Panjang, Pengkalan Chepa Kelantan pada 8.11.2016. Sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan rawatan isteri beliau, Siti Aminah binti Yusoff yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Beliau juga tidak dapat bekerja kerana sakit tulang rusuk, buasir dan selalu sesak nafas akibat kemalangan jalan raya..

kg-gong-guru-pasir-puteh

YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan wang zakat kepada Joning bin Ab Rahman dan Dollah bin Mamat pada 16.11.2016 di Kampung Gong Garu, Pasir Puteh, Kelantan. Penerima-penerima tersebut adalah mangsa rumah terbakar pada 1 November, 2016 yang telah memusnahkan keseluruhan rumah dan isinya

nilam-puri-kota-bharu

YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan wang zakat kepada Che Husin bin Ibrahim di Nilam Puri,Kota Bharu pada 21.11.2016. Sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan rawatan anak OKU untuk pembelian lampin pakai buang, rawatan susulan dan belanja harian.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini846
Kelmarin1539
Minggu Ini3964
Bulan Ini28155
Keseluruhan522012

X