• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) BAGI TAHUN 2015

29 Disember 2016 (Khamis) - Satu program meraikan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2015 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 29 Disember 2016 (Khamis) pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM27,995.22 ini telah diserahkan oleh Yang Berusaha Encik Komarudin bin Mustapha, Pengarah Perniagaan Negeri BSN diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Zaidi bin Hj. A. Malek, Ketua Operasi Negeri BSN. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuat pembayaran zakat sebanyak 9 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Bank Simpanan Nasional (BSN) ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini968
Kelmarin1463
Minggu Ini6544
Bulan Ini28420
Keseluruhan136781

X