• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM RAUDHAH DIHATIKU (2016) DAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BIASISWA PENGAJIAN LUAR NEGARA MAIK

Raudhah Dihatiku TV9 telah berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung pada 27 dan 28 Mei 2016 yang telah dianjurkan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB).

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik berbentuk islamik yang menyasarkan hampir 400,000 pengunjung membanjiri tapak Raudhah selama dua hari program berlangsung

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Media Prima Berhad telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Biasiswa Pengajian Luar Negara MAIK di Booth utama Raudhah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan merangkap Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK.

Turut sama hadir tetamu terhomat iaitu Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan, YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd Hadi, YB. Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YB. YAA Haji Daud Muhammad, Dato’ Aria D’Raja dan YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Ikon Pelajar Asnaf 2016 MAIK oleh YBM. Tengku Temenggong Kelantan kepada 2 orang pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University Royal College Of Sergeons, Ireland dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penyampaian Biasiswa Pengajian Luar Negara MAIK turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih daripada Kolej Yayasan UEM (KYUEM) dan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Penerimaan ini sebagai simbolik penajaan daripada pihak MAIK.

Selain itu juga menerusi Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 memaparkan sesi wawancara khas bersama Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK bagi membincangkan mengenai pendidikan MAIK dan slot kedua bersama Yang Berusaha Sahibul Samahah Mufti Negeri Kelantan mengenai waqaf tunai MAIK yang telah bersiaran langsung dari booth utama Raudhah. Slot seterusnya sesi temuramah bersama salah seorang daripada penerima Anugerah Ikon Pelajar Asnaf MAIK 2016 iaitu Nor Fatin Shazlin Amelia Salleh, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ikon ini menjadi pemangkin semangat kepada golongan asnaf yang ingin berjaya dalam hidup mereka kerana kesusahan bukan lagi penghalang kepada kejayaan.

Booth MAIK juga turut menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung melalui Kaunter Zakat, Agihan Zakat, Agama, Pendidikan dan Wakaf. Manakala unit Penerbitan pula membuka kaunter jualan buku-buku terbitan MAIK dan Butik Impian Kalbu MAIK pula menyediakan jualan pakaian muslimah. Unit Adat Istiadat juga turut menyediakan pameran warisan khazanah MAIK. Selain daripada itu, MAIK juga menyediakan Slot Resepi Masakan bersama selebriti. Pengunjung dapat melihat sendiri demostrasi masakan tradisional bersama selebriti jemputan seperti Maria Tengku Sabri, Hazlin Hussain dan juga Nisa Aznan.

Kejayaan pihak Media Prima Berhad dalam menganjurkan Program Raudhah Dihatiku 2016 sebagaimana tahun-tahun terdahulu sentiasa memberikan yang terbaik melalui penyusunan program dan aktiviti yang dijalankan mendapat tempat dihati rakyat Kelantan. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat memeriahkan lagi Karnival tersebut.

Disediakan oleh : Nik Norazimah Binti Che Yaakub

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini175
Kelmarin1576
Minggu Ini4883
Bulan Ini29952
Keseluruhan284706

X