• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MESRA MAIK SIRI 8 BIL.1/2016 (JAJAHAN JELI)

13 Ogos 2016 (SABTU) - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Program Mesra MAIK Siri ke 8 bagi Zon Jeli dengan kerjasama Media Prima Berhad bertempat di Masjid Sultan Muhammad I, Jajahan Jeli.

Turut sama hadir bagi memeriahkan program tersebut ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Tuan Zulkifle Ab Rahman, Ketua Jajahan Jeli.

Program Mesra MAIK merupakan cetusan idea Yang Teramat Mulia Tengku Makota Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyelami permasalahan disamping dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan malah sebagai tanda keprihatinan MAIK terhadap golongan asnaf.

Sehubungan itu, program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti dan personaliti TV seperti Maria Tengku Sabri, Elly Iskandar, Hazlin Hussain, Hazrena Kassim, Da’i Hamidah, Da’i Idayu, Uyaina Arsyad, Zaim Helmi dan ramai lagi. Program ini diisi dengan tiga program utama iaitu program keibubapaan, program bersama remaja dan program bersama kanak-kanak yang melibatkan 26 buah keluarga daripada golongan asnaf iaitu daripada 20 mukim merangkumi 216 orang peserta yang terpilih.

Program ini berlangsung dengan jayanya atas kerjasama semua pihak yang terlibat khususnya kepada Media Prima Berhad, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, Polis Diraja Malaysia Daerah Jeli, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli dan Klinik Pergigian Daerah Jeli.

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini180
Kelmarin1576
Minggu Ini4888
Bulan Ini29957
Keseluruhan284711

X