• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA LEMAS

Unit Agihan Zakat, MAIK bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa lemas pada musim banjir baru-baru ini, iaitu di Kampung Binjai, Kangkong, Pasir Mas, Kampung Nilam Baru, Pendek, Kota Bharu dan Kampung Laut, Tumpat. Sumbangan bantuan ini adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

Mangsa pertama ialah Nurul Aimuni binti Ab. Rahman, 8 tahun yang lemas selepas tergelincir dalam tali air di Kampung Binjai, Kangkong, Pasir Mas pada 3 Januari, 2017. Mangsa kedua ialah Wan Rufkan Danial bin Wan Ramzan, 14 tahun yang lemas setelah tergelincir dan dihanyutkan ke sungai pada 3 Januari, 2017. Manakala mangsa ketiga ialah Muhammad Fitri bin Mohd. Affendi, 11 tahun yang lemas selepas tergelincir di atas jambatan ketika pulang dari sekolah bersama abangnya pada 4 Januari, 2017.

Adalah diharapkan dengan sumbangan bantuan yang dilhulurkan ini, dapat meringankan sedikit bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah dengan kehilangan orang-orang tersayang.

           

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini604
Kelmarin1643
Minggu Ini11650
Bulan Ini39781
Keseluruhan824110

X