• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR PROGRAM A-LEVEL DI BAWAH PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM, MAIK

Pada hari Isnin, 10 Julai 2017 bersamaan 16 Syawal 1438H, jam 10.30 pagi, satu majlis perjumpaan antara pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pelajar tajaan di bawah Program Pengajian Asnaf lepasan SPM telah berlangsung di Dewan Tazkirah, Tingkat 2, Bangunan MAIK.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK. Ia juga telah disertai oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIK, YBrs. Setiausaha MAIK, AF. Imam Besar MAIK, YBrs. Pegawai Tadbir (Pendidikan) MAIK dan 2 orang kakitangan Unit Pendidikan, MAIK. Seramai 20 orang pelajar tajaan MAIK ke program A-Level telah menghadiri majlis tersebut dan 4 orang daripadanya merupakan pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Luar Negara.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan 5 orang pelajar baharu dengan pelajar yang sedang dan akan tamat pengajian di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh AF Imam Besar MAIK, sesi perkenalan antara pelajar dan pihak pengurusan MAIK seterusnya ucapan alu-aluan oleh YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIK. Terdapat beberapa intipati yang telah diselit dalam ucapan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBhg. Dato iaitu pelajar haruslah belajar dengan baik, berakhlak mulia dan boleh memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya masyarakat Kelantan pada masa hadapan.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini296
Kelmarin1421
Minggu Ini297
Bulan Ini24351
Keseluruhan611516

X