• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL HANDS ON SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU E-MASJID BAGI PUSAT MINI PUNGUTAN ZAKAT MAIK

22 Oktober 2017 (Ahad) - Unit Teknologi Maklumat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Bengkel Hands On Sistem Maklumat Bersepadu e-Masjid Bagi Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK bertempat di Makmal Komputer Maahad Tahfiz Quran, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.

Bengkel tersebut diadakan selama dua hari melibatkan 28 orang peserta termasuk Imam Tua, Imam Muda, Bilal dan Pembantu Tadbir Masjid-Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembantu tadbir lantikan baru dalam pengurusan sistem pungutan zakat bagi Pusat Pungutan Zakat Masjid Bandar dan Jajahan secara ‘in-house’. Bengkel tersebut didedahkan kepada Pengenalan Pengurusan Zakat MAIK, Tatacara dan Sekuriti Penggunaan Sistem, Prosidur Kewangan, Pengenalan kepada Modul Sistem Pengurusan Zakat MAIK serta Latihan ’Hands On’ Sistem Pengurusan Zakat MAIK dan‘Trouble Shooting’.

Taklimat tentang bengkel ini telah disampaikan oleh AF. Pegawai Zakat, Ustaz Ridhwan Bin Abdul Rahman dan YBrs. Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Marziati Binti Haji Yusoff. Manakala tenaga pengajar terdiri daripada YBrs. Penolong Pegawai Zakat, Puan Wan Fadlina Binti W.Yusof, YBrs. Penolong Pegawai Akauntan, Puan Roslizawati Binti Mohamed, YBrs. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Rangkaian), Encik Nik Mohd Zuwairi Bin Mohd Rajdi dan YBrs. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengaturcara), Encik Wan Fadzul Ikram Bin Wan Man.

Disediakan Oleh : Nik Nor Azimah Binti Che Yaakub

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini842
Kelmarin1667
Minggu Ini8713
Bulan Ini26445
Keseluruhan569244

X