• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN BUNUT PAYONG

Pada 22 Januari 2018, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diwakili oleh kakitangan Unit Wakaf dan Unit Pembangunan Projek MAIK telah mengadakan  satu lawatan ke lokasi tapak Projek Pembangunan Bunut Payong. Lawatan ini turut dihadiri oleh pihak konsultan yang dilantik, Alfadhil Ustaz  Muhamad Sharifudin,  Mudir Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah Bunut Payong, AlFadhil Ustaz Mustapa Afifi Bin Hassan Hilmi, Imam Masjid Mukim Bunut Payong dan beberapa orang penduduk setempat. Lawatan ini bertujuan untuk memantau cadangan jalan atau laluan masuk ke tapak projek pembangunan Pondok Bunut Payong.

Pembangunan Pondok Bunut Payong ini bakal memberi impak besar dalam pelbagai sudut terutamanya dari segi pembangunan pendidikan pelajar, memartabatkan semula sejarah kegemilangan Pondok Bunut Payong, pembangunan struktur dan ekonomi kepada penduduk setempat pada masa akan datang.

Kerjasama baik daripada semua pihak akan memudahkan lagi pengurusan dan pembangunan projek ini. Orang ramai yang berhasrat untuk berwakaf dan menjayakan pembangunan Pondok Bunut Payong ini boleh terus menyalurkan sumbangan melalui online dan perbankan internet dengan melayari waqaf.e-maik.my atau hadir ke Kaunter Unit Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang Kota Bharu untuk mendapat keterangan terperinci.

Waqaf Tunai MAIK, “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1546
Kelmarin1847
Minggu Ini6658
Bulan Ini40176
Keseluruhan880392

X