• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HILANG PUNCA PENDAPATAN

Che Azmi bin Abdullah  terlibat dengan kemalangan jalanraya menyebabkan sebelah kaki  beliau patah dan tidak dapat bergerak sekali gus tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan. Perbelanjaann keluarga ini  hanya mengharapkan duit hasil jualan kelapa sawit di Felda Aring, Gua Musang sebanyak RM900 di samping bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM120.00 sebulan. Isteri beliau,  Che Nora binti Che Muhammad tidak dapat bekerja kerana menjaga suami dan juga seorang anak OKU.  Pasangan ini mempunyai 2 orang anak iaitu seorang belajar di sekolah rendah dan seorang OKU. Perbelanjaan keluarga ini bertambah kerana terpaksa membeli lampin pakai buang untuk anak OKU dan juga beliau sendiri.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Che Azmi bin Abdullah untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2722
Kelmarin3041
Minggu Ini14884
Bulan Ini50263
Keseluruhan1095650

X