• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PEMBINAAN JAMBATAN DI KAMPUNG GOBEK TUMPAT

TUMPAT – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat sebagai salah satu agensi pelaksana program Wang Ehsan Negeri Kelantan telah menjalankan pembinaan jambatan di Kampung Gobek Tumpat yang bermula  7 Januari 2017 dan siap sepenuhnya  pada 29 April 2018, yang melibatkan kos hampir RM300 ribu menggunakan Peruntukan Wang Ehsan yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada MAIK.

Jambatan ini merupakan penghubung di antara Kampung Gobek dengan Kampung Mak Neralang dan Pulau Gorek. Keadaan jambatan sediada adalah amat uzur dan amat berbahaya kepada pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah. Anggaran sepanjang 70 kaki dan lebar 14 kaki jambatan dibina bagi memberi kemudahan dan keselamatan kepada penduduk kampung dalam menjalani aktiviti seharian selain mengelak daripada kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Disediakan Oleh : Norizan Binti Mat Isa

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2174
Kelmarin2831
Minggu Ini2174
Bulan Ini63453
Keseluruhan1199818

X