• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SEMESTER 5/2018 MAAHAD TAHFIZ MAIK TAHUN 2018 (KUMPULAN B)

Pada 27-28 Julai 2018 yang lalu, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran  di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.

Antara objektif program ini ialah;-

  1. Meningkatkan kemahiran para pelajar tahfiz dalam bidang yang diceburi sekaligus meningkatkan potensi diri..
  2. Memperbetul dan melancarkan bacaan-bacaan dalam solat khususnya bacaan-bacaan wajib di dalam solat.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap
  4. Membentuk kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar demi meningkatkan prestasi maahad.

Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti amali bacaan al-fatihah dalam solat, qiamullail, ceramah dan gotong-royong mencuci kawasan masjid.

Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.

 

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2082
Kelmarin2742
Minggu Ini4824
Bulan Ini61871
Keseluruhan1279481

X