• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

AGIHAN ZAKAT

PERKHIDMATAN : AGIHAN ZAKAT / PROGRAM BANTUAN ASNAF

ASNAF FAKIR :

Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya.

ASNAF MISKIN :

Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.

ASNAF AMIL :

Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

ASNAF MUALAF :

Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:

  1. Baru memeluk agama Islam
  2. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
  3. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya.
  4. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh

ASNAF RIQAB :

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.

ASNAF GHARIMIN :

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'.

ASNAF FISABILILLAH :

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.

ASNAF IBNUSABIL :

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

*** Klik pada Jenis Program Bantuan untuk maklumat terperinci.

4. PROGRAM BANTUAN ASNAF AL-GHARIMIN :

5. PROGRAM BANTUAN ASNAF IBNUSABIL :

6. PROGRAM BANTUAN ASNAF RIQAB :

  • Buat masa sekarang, asnaf ini tidak wujud tetapi masih dimasukkan di dalam program memandangkan ia adalah salah satu asnaf penerima zakat

PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM MAIK
Program ini merupakan program utama bagi Unit Pendidikan melibatkan pembiayaan dan penajaan pelajar-pelajar asnaf negeri Kelantan melanjutkan pengajiaan ke institusi pengajian yang terpilih. Sejak bermulanya program ini pada tahun 2012 sehingga kini (2016), hampir 400 orang pelajar telah ditaja oleh MAIK dalam pelbagai bidang pengajian

SYARAT UMUM KELAYAKAN

  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  3. Beragama Islam
  4. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan

SYARAT KHUSUS KELAYAKAN

  1. Program A-LEVEL : Minima 9 A SPM
  2. Program Diploma : Minima 3 kredit SPM
  3. Sijil Kemahiran : Minima lulus dan mendapat sijil SPM

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Sistem e-Pendidikan, MAIK:-



SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

URUSETIA PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM
Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & Sabtu : CUTI
Hubungi kami di talian : 09-7481512/09-7436161
No Faks : 09-7485512
Emel : info_pendidikan@e-maik.my

1. KURSUS BENGKEL JAHITAN

  • Mula beroperasi pada bulan Julai 1996
  • Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu
  • Jumlah maksima pelatih untuk satu sesi – 25 orang
  • Menjahit Pakaian Lelaki & Wanita
  • Pengambilan Wanita Sahaja
  • Tempoh Kursus selama 8 bulan
  • Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

2. KURSUS BENGKEL AUTOMOTIF

  • Mula beroperasi pada bulan Januari 2000
  • Terletak di Mukim Telok Baru, Kota Bharu
  • Jumlah makisma pelatih untuk satu sesi– 10 orang
  • Membaiki Motosikal Sahaja
  • Pengambilan Lelaki Sahaja
  • Tempoh Kursus selama 8 bulan
  • Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

3. KURSUS BENGKEL SULAMAN

  • Mula beroperasi pada bulan Januari 2002
  • Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu
  • Jumlah maksima pelatih untuk satu sessi– 10 orang
  • Pengambilan Wanita Sahaja
  • Tempoh Kursus selama 8 bulan
  • Elaun Bulanan sebanyak RM 300.00

TUJUAN PROGRAM:

  • Membantu Golongan Asnaf Untuk Mendapatkan Kemahiran.
  • Mendedahkan Mereka Kepada Pembelajaran Kemahiran Yang Boleh Digunakan Untuk Mencari Pendapatan.
  • Meningkatkan Taraf Ekonomi Mereka Yang Kurang Berkemampuan Melalui Sumber Kemahiran Yang Diperolehi.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  • Beragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan Asnaf samada dari golongan fakir, miskin atau muallaf serta berstatus bujang (belum berkahwin).

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan hantar ke Unit Agihan (Bahagian Pembangunan MAIK) sebelum tarikh tutup sebagaimana yang telah diiklankan.
  • Borang boleh didapati di Kaunter Unit Agihan, melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan di seluruh Negeri Kelantan, Masjid Bandar jajahan dan di Portal Rasmi MAIK.

HARI DAN WAKTU LATIHAN :

HARI AHAD HINGGA RABU
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 5.00 PTG

HARI KHAMIS
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 3.30 PTG.

***Permohonan pengambilan pelatih baru akan dibuka setiap 8 bulan sekali. Iklan pengambilan akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi MAIK & Media Sosial Rasmi MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah memperkenalkan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 1998 secara One-off. Ini membolehkan pelajar-pelajar dari golongan asnaf memohon bantuan zakat tersebut bagi meringankan beban untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah.

Terdapat dua (2) jenis bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT diperkenalkan iaitu:-

  1. Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi
  2. Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Tujuan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT ini diperkenalkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.

Keratan Akhbar bertarikh 1 Februari 2013 Sinar Harian

Bermula Februari 2013, MAIK telah membangunkan Sistem Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT bagi Program lepasan diploma dan ijazah secara online. Pelajar asnaf yang layak menyambung pelajaran ke IPT tempatan boleh membuat permohonan sebelum tarikh pendaftaran atau selewat-lewatnya DUA BULAN selepas tarikh pendaftaran ke IPT. Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman sesawang MAIK iaitu www.e-maik.my dan klik di ikon permohonan bantuan IPT online.

Ikon Permohonan Bantuan IPT online

Ikon Semakan Permohonan Bantuan IPT

Selepas selesai mengisi borang permohonan dan bersetuju dengan semua maklumat yang diberikan, pemohon mestilah mencetak borang lengkap, kemudian mendapatkan pengesahan daripada imam atau penggawa atau ketua jajahan masing-masing. Borang yang lengkap tersebut perlu dihantar ke Pejabat MAIK dengan menyertakan salinan penyata akaun Bank Islam atau Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak MAIK mungkin akan menambah beberapa akaun bank lain bergantung kepada permintaan. Cuma pada permulaan ini hanya Bank Islam dan BSN akan digunakan terlebih dahulu.

Perkhidmatan Kiosk IPT Online disediakan di Masjid-masjid Bandar dan Jajahan bagi memudahkan pemohon yang tidak mempunyai kemudahan internet. Semakan Status permohonan boleh disemak secara online dimana-mana sahaja.

Kemudahan dalam talian ini boleh dibuat dalam masa 24 jam di mana-mana sahaja pelajar itu berada. Sebarang pertanyaan mengenai cara pengisian atau permasalahan yang dihadapi semasa mengisi borang boleh menghubungi Unit Agihan di talian 09-7481512 samb.243/255

Kiosk IPT Online di Masjid Bandar & Jajahan
  • UNIT AGIHAN ZAKAT
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Emel : agihan@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini240
Kelmarin1346
Minggu Ini240
Bulan Ini34169
Keseluruhan376420

X