• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

BANTUAN PENYELENGGARAAN MASJID

PERKHIDMATAN : BANTUAN PENYELENGGARAAN MASJID / SURAU

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mambantu menyalurkan sumbangan kepada rumah ibadat ini melalui beberapa kaedah seperti sumbangan kewangan. contoh sumbangan yang dipertimbangkan oleh maik adalah seperti membaikpulih dan menaiktaraf tandas, pendawaian semula elektrik, mengecat semula bangunan, membina pagar masjid dan lain-lain.

Selain itu juga maik turut membekal dan memasang permaidani, alat siaraya dan papan tanda kepada masjid dan surau di seluruh jajahan negeri Kelantan.

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga memperuntukan dana bagi membina dan membaik pulih pagar perkuburan islam.

SYARAT UNTUK MEMOHON

  • Nama beserta alamat lengkap Masjid/Surau
  • Status Masjid/Surau cth Masjid Mukim, Masjid iktikaf, Surau
  • Lakaran pelan lokasi Masjid/Surau
  • Nama akaun Masjid/Surau
  • Salinan Nombor akaun Masjid/Surau
  • Keperluan dan jenis kerosakan beserta anggaran kos
  • Pengesahan pengerusi/imam masjid

CARA UNTUK MEMOHON

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyediakan borang permohonan khusus bagi permohonan penyelenggaraan masjid dan surau di jajahan negeri Kelantan. walau bagaimanapun, pemohon juga boleh mengutuskan surat kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi memaklumkan hasrat bagi pembaikian masjid dan madrasah berkenaan.

TEMPOH MENYELESAIKAN ADUAN

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

  • UNIT PENGURUSAN PROJEK
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Faks : +609 7485512

  • Emel : pengurusanprojek@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini240
Kelmarin1346
Minggu Ini240
Bulan Ini34169
Keseluruhan376420

X