• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

DAKWAH, SAUDARA BARU & TAULIAH MENGAJAR

PERKHIDMATAN : DAKWAH, SAUDARA BARU & TAULIAH MENGAJAR

Dakwah ke dalam ialah program atau aktiviti dakwah yang diadakan khusus kepada saudara baru bukan Orang Asli. Ianya terdiri daripada saudara baru pelbagai bangsa. Dakwah keluar ialah program dan aktiviti dakwah yang diadakan untuk saudara baru Orang Asli.

1. Antara aktiviti DAKWAH KE DALAM yang dianjurkan ialah :

  • Program pengajaran Agama di Masjid-masjid mukim - Program ini diadakan menerusi pengajian bersiri dan berterusan yang disampaikan oleh 88 orang guru-guru agama yang dilantik khas oleh MAIK untuk mengajar agama di 335 buah masjid yang ditetapkan. Setiap guru yang ditetapkan mengajar di empat buat masjid mukim dengan kekerapan sebanyak empat kali sebulan bagi sebuah masjid atau 16 kali bagi empat buah masjid. Guru agama MAIK dibayar elaun sebanyak RM25 bagi satu kuliah yang diadakan atau RM400 bagi 16 kali yang ditetapkan.

  • Program Kuliah di Masjid Kepala Jajahan/Bandar - Bagi melaksanakan program ini seramai 9 orang guru telah dilantik bagi mengadakan kuliah pada setiap pagi Jumaat di masjid-masjid bandar kecuali Kota Bharu, Gua Musang dan Jeli.

  • Panduan Tauliah Mengajar
  • Perakuan Pindaan Tukar Nama Bagi Orang Islam
  • Surat Sokongan Belajar/Mengajar di Kelantan
  • Pendaftaran Saudara Baru
  • Kursus Mingguan Saudara Baru - Bertempat di Balai Islam, Lundang kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Perkara-perkara yang diberi penekanan dalam kursus tersebut ialah Al-Quran, Feqah, Tauhid dan cara-cara mendirikan ibadat khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. Perbelanjaan makan minum ditanggung oleh pihak JHEAIK, manakala perbelanjaan tambang menambang ditanggung oleh pihak MAIK berdasarkan pada kawasan.

2. Antara aktiviti DAKWAH KE LUAR yang dianjurkan adalah :

  • Kursus Fardhu Ain
  • Program Pengenalan Islam
  • Lawatan Dakwah ke Perkampungan Orang Asli
  • Kursus Penghayatan Agama
  • Kursus Pra Perkahwinan
  • Program Ziarah Bersepadu
  • Program Pertandingan Nasyid dan Sepak Takraw
  • Kursus guru Agama Orang Asli
  • Perkhidmatan Berkhatan
  • Program Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Sumbangan Hari Raya
  • Lawatan Berkala
  • Program Kursus Mingguan Saudara Baru

TATACARA MENGELUARKAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA
Seseorang yang ingin memohon tauliah mengajar agama perlu :

  • Mengisi lengkap borang permohonan tauliah mengajar agama
  • Mengemukakan permohonan tersebut di Unit Dakwah Bahagian Agama

* Seseorang calon yang telah mengemukakan permohonan tauliah mengajar agama, akan dipanggil untuk ditemuduga.

JENIS-JENIS TAULIAH MENGAJAR AGAMA

TAULIAH MENGAJAR SEKOLAH AGAMA

akan diberi kepada guru-guru sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) , Sekolah Rendah Islam dan Pondok.

MENADAH KITAB (HALAQAT)

tauliah ini diberikan kepada individu yang ingin menyampaikan pengajaran agama di surau, madrasah, masjid

FARDU AIN

adalah untuk mengajar perkara-perkara asas dalam pengajian agama dan digunakan untuk mengajar di taman asuhan kanak-kanak dan lain-lain tempat yang selayaknya.

PROSES TEMUDUGA
Seseorang calon yang telah mengemukakan permohonan tauliah mengajar agama, akan dipanggil untuk temuduga tauliah mengajar agama dengan membawa kitab-kitab yang diisi semasa permohonan dibuat dan menjawab soalan-soalan daripada panel temuduga.

TAKLIMAT DAN LAIN-LAIN
Seseorang yang telah berjaya dalam temuduga akan di panggil untuk taklimat tentang susila dan etika pemegang tauliah mengajar agama khususnya tauliah sekolah dan menadah kitab.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Mengisi borang permohonan guru agama
  • Salinan kad pengenalan
  • Memiliki tauliah mengajar agam MAIK

JENIS-JENIS KITAB
Kitab-kitab yang dibenarkan guru agama mengajar adalah kitab agama yang berlandaskan fahaman Aqidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Syafie.

ETIKA YANG PERLU DIPATUHI
Etika dan susila yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah hendaklah berperibadi mulia, tidak menyentuh isu-isu yang sensitif dengan persekitaran masjid yang di ajar. Tidak lari dari mazhab syafie dan akidah ahli sunnah wal jamaah.

KAEDAH TUNTUTAN ELAUN GURU-GURU AGAMA MAIK
Dengan mengisi dan mengemukakan borang tuntutan elaun mengajar agama, yang lengkap diisi dan disahkan oleh imam mukim masjid tempat guru agam tersebut mengajar.

DEFINISI INSTITUSI AGAMA
Sekolah / Tahfiz / Pondok

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Dokumen yang diperlukan :

  1. Surat permohonan untuk mendaftarkan Institusi Pengajian Agama di bawah MAIK
  2. Kertas kerja mengenai latar belakang, kokurikulum, tenaga pengajar dan lain-lain
  3. Salinan sijil-sijil tenaga pengajar yang telah disahkan
  4. Salinan tauliah mengajar agama yang dikeluarkan oleh MAIK
  5. Status bangunan dan tanah yang digunakan
  6. Surat sokongan daripada bomba
  7. Pelan tataletak/pelan lantai pusat pengajian
  8. Contoh-contoh teks yang telah digunakan jika diminta (semasa lawatan)

SUKATAN PELAJARAN YANG DIBENARKAN
Sukatan yang diselaraskan oleh Unit Pendidikan YIK Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMUDAHAN
Kemudahan yang akan diterima adalah memudahkan urusan mendapat sumbangan dari badan-badan korporat,dan dari pihak MAIK sendiri

IMPLIKASI
Sekiranya sesebuah institusi itu tidak didaftarkan dengan MAIK, akan menyukarkan segala urusan dengan pihak berwajib dan boleh didakwa dibawah Enakmen Pendaftaran Institusi Agama Bilangan 4 tahun 1994

SYARAT-SYARAT MEMELUK ISLAM
Seseorang yang ingin memeluk Islam mestilah berumur 18 tahun pada tarikh pendaftaran dilakukan.

PENGESAHAN PEMELUKAN ISLAM
Seseorang yang telah cukup umur 18 tahun perlulah :

  • Hadir ke pejabat agama jajahan dan mendapat surat pengesahan memeluk Islam
  • Hadir ke Unit Dakwah MAIK, untuk pengesahan dan pengeluaran kad Islam

BANTUAN KERAIAN SAUDARA BARU
Selepas sebulan daripada tarikh pendaftaran, bantuan keraian akan diberi sebanyak RM 400.00 dalam bentuk cek dibatalpalangkepada semua saudara baru yang berdaftaran dengan MAIK

  • UNIT DAKWAH
    Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Emel : dakwah@e-maik.my

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini967
Kelmarin1383
Minggu Ini7962
Bulan Ini40136
Keseluruhan253590

X