• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

PENERBITAN BUKU MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERKHIDMATAN : PENERBITAN BUKU

MAJALAH PENGASUH EDISI 652

Gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V menghiasi muka depan Pengasuh kali ini. Satu tulisan tentang “Legasi Raja-Raja Kelantan dalam Pembangunan Islam di Kelantan” oleh Baharin B. Ilias dimuatkan di dalam Pengasuh keluaran kali ini. Turut dimuatkan dalam Pengasuh kali ini tulisan yang bertajuk “Sukan dan Dakwah Menurut Perspektif Islam” oleh Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, “Perceraian dan Pelacuran Berdasarkan Laporan MAIK (1916-1941)” oleh Dr. Haryati Bt. Hasan, “Tasawwuf dan Amalan Kesufian Menurut Ahlu Sunnah Wal Jamaah” oleh Dato’ Zakaria Stapa, “Koleksi Khutbah Yusuf al-Qaradawi” oleh Dr. Muhamad Kamil B. Abdul Majid dan Ibrahim Majdi B. Abdul Majid, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran ini.

Dapatkan buku-buku keluaran MAIK yang lain dengan segera. Sila hubungi Unit Penerbitan MAIK di talian 09-7481512 (samb.223/249) untuk membuat pesanan

 

Dapatkan Majalah Pengasuh bilangan 652 sekarang!

Majalah Pengasuh merupakan sebuah majalah yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan menggunakan tulisan jawi sebagai medium perantaraan. Asalnya ia merupakan sebuah akhbar yang diterbitkan secara dwi mingguan. Naskhah sulung Pengasuh diterbitkan pada 1 Syawal 1336 hijriyyah dan masih kekal diterbitkan oleh MAIK hingga ke hari ini sebagai sebuah majalah dwi bulanan.

Dalam naskhah sulungnya, barisan pengarangnya diketuai oleh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) dengan dibantu oleh pengarang-pengarang yang lain iaitu Mahmud b. Ismail (Dato’ Seri Paduka Raja), Muhammad b. Said (Dato’ Laksamana), Hj. Idris b. Hasan dan Muhammad Daud. Artikel-artikelnya membicarakan pelbagai topik seperti kemanusiaan, ibadat, sejarah serta berita-berita dalam negeri.

Majalah ini telah pun genap usianya 100 tahun hijriyyah pada 1 Syawal 1436 hijriyyah (17 Julai 2015) yang menjadikannya sebagai satu-satunya majalah yang masih kekal diterbitkan berbanding dengan akhbar atau majalah lain yang sezaman dengannya. Ini juga menjadikannya sebagai sebuah akhbar atau majalah yang tertua di negara kita, bahkan di nusantara Melayu.

Pada hari ini, majalah ini terus memberi sumbangan kepada para pembaca melalui artikel-artikel ilmiah yang menyentuh pelbagai isu yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Arkib Info Majalah Pengasuh disini

Selain dari Majalah Pengasuh unit Penerbitan juga berfungsi untuk menerbitkan dan menjual buku-buku bacaan umum kepada orang ramai. MAIK sebagai sebuah institusi agama menyedari bahawa perlunya mempergiatkan usaha dakwah yang berterusan melalui pelbagai metod atau manhaj yang berbeza di mana bidang penulisan adalah salah satu daripada cabangnya.

Bagi merealisasikan objektif ini, MAIK telah menerbitkan pelbagai judul buku berunsurkan pengetahuan agama Islam. Usaha yang telah dilakukan ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi usaha-usaha dakwah melalui bidang penulisan disamping dapat menggalakkan serta memupuk minat membaca dikalangan masyarakat Islam khususnya terhadap bahan-bahan bacaan yang bertemakan agama.

Risalah-risalah percuma ini pada kebiasaannya adalah merupakan buku-buku bacaan yang ringan tetapi sarat dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat. Ia diterbitkan bagi memberi maklumat-maklumat yang tepat di atas sesuatu isu agama yang berlaku, memberi panduan-panduan tertentu dalam menjalani ibadat-ibadat tertentu, khususnya diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul, Isra' dan Mikraj, Ramadhan dan sebagainya.

Risalah-risalah percuma mendapat permintaan yang amat menggalakkan dari pelbagai agensi. Antaranya Institusi pendidikan, masjid-masjid, badan NGO dan jabatan-jabatan kerajaan. Buku/risalah percuma tersebut boleh didapati di sini

Pada April 2014, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat telah memperkenalkan Sistem e-Penerbitan atau juga dikenali sebagai MAIKmall. Sistem ini medibagunkan bagi tujuan penjualan buku secara online. Orang ramai boleh membuat pembelian Buku Penerbitan MAIK secara FPX melalui Portal Rasmi MAIK di www.e-maik.my


 
  • UNIT PENERBITAN
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Emel : penerbitan@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini818
Kelmarin1485
Minggu Ini5127
Bulan Ini39056
Keseluruhan381307

X