• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

PUNGUTAN ZAKAT

PERKHIDMATAN : PUNGUTAN ZAKAT

PENGENALAN ZAKAT

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."

- Surah An-Nur : 56

"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."

- Surah At-Taubah : 103

"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."

- Surah Adz-Dzariat : 19

 

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

 

 

ISLAM :

Zakat hanya diwajibkan ke atas orang-orang Islam sahaja.

 

MERDEKA :

Hamba abdi tidak diwajibkan berzakat kecuali zakat fitrah sahaja, namun itupun tuannya dikehendaki mengeluarkannya. Pada masa sekarang persoalan hamba abdi mungkin tidak timbul. Bagaimanapun syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat kerana persoalan hamba ini merupakan salah satu syariat yang tetap kekal.

 

SEMPURNA MILIK :

Harta yang ingin dizakatkan hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambilkira di dalam pengiraan zakat.

 

CUKUP NISAB :

Nisab ialah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta (Mal) menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu sebanyak 85 gram atau 20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab untuk pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.

 

1. KADAR ZAKAT HARTA
Bagi harta yang disandarkan pada nilai emas iaitu Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Saham ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan.

 

2. KADAR ZAKAT TERNAKAN

 

 

3. KADAR ZAKAT FITRAH

 

 

4. KADAR ZAKAT TANAMAN

Bagi Zakat Tanaman biji-bijian iaitu padi kadar zakatnya sebagai berikut :

  • Biji-bijian dan Buah-buahan yang sampai nisab yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera dengan perbelanjaan yang banyak, maka kadar zakatnya ialah 5% arau 1/20.
  • Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai atau parit (tali air) maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

AKTA CUKAI PENDAPATAN

Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, terdapat peruntukan rebet cukai pendapatan individu untuk bayaran zakat (iaitu mula Tahun Taksiran 1985).

Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran wajib, dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu, dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.

Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3)

Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, terdapat peruntukan rebet cukai pendapatan individu untuk bayaran zakat (iaitu mula Tahun Taksiran 1985).

BAYARAN ZAKAT BOLEH MENDAPAT REBET DARI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Berpandukan kepada ACP 1967 di atas, setiap bayaran zakat atas individu sama ada zakat harta boleh mendapat rebet atau tolakan daripada cukai pendapatan seseorang. Rebet zakat hanya diperolehi jika bayaran zakat dibuat pada tahun semasa taksiran cukai pendapatan.

Sekiranya jumlah bayaran zakat yang dibuat melebihi daripada cukai pendapatan yang dikenakan dalam satu tahun itu, maka setakat jumlah zakat yang mendapat rebet / tolakan adalah setakat jumlah cukai pendapatannya sahaja. Ini bermakna seseorang itu tidak akan dikenakan cukai pendapatan pada tahun tersebut tetapi lebihan zakat setelah ditolak daripada cukai pendapatan itu, tidak boleh dibawa untuk mendapat rebet bagi tahun hadapannya ataupun dikembalikan kepada pembayar.

 

Hanya RM1,500 sahaja daripada jumlah zakat yang dibayar dalam tahun 2001 itu yang boleh mendapat rebet untuk Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2001 manakala lebihan zakat sebanyak RM150 lagi itu tidak boleh dibawa kehadapan bagi Tahun Taksiran 2002. Bayaran Zakat Perniagaan Syarikat dan Koperasi layak mendapat pelepasan cukai.

Mulai tahun 2004,Zakat Perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat dan koperasi kepada pihak berkuasa agama Negeri (MAIK di negeri Kelantan) adalah dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai pendapatan tertakluk kepada syarat :

  • Mulai tahun 2004,Zakat Perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat dan koperasi kepada pihak berkuasa agama Negeri (MAIK di negeri Kelantan) adalah dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai pendapatan tertakluk kepada syarat :
  • Syarikat adalah bukan syarikat di luar pesisir.

CARA BAYARAN 1 : MEMBAYAR DI KAUNTER ZAKAT PEJABAT MAIK

Prosedur Bayaran :

  1. Bayaran boleh dilakukan secara tunai atau cek, bank draf, kad debit dan kad kredit Islam
  2. Pembayar mengisi borang bayaran zakat MAIK yang disediakan di kaunter zakat MAIK
  3. Resit rasmi bayaran zakat dikeluarkan setelah bayaran dilaksanakan.

CARA BAYARAN 2 : MEMBAYAR MELALUI SKIM POTONGAN GAJI

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh MAIK (terdapat 3 salinan) dengan mendapatkan pengesahan majikan dan menghantar semula kepada MAIK
  2. MAIK akan berurusan dengan pejabat gaji atau majikan pembayar untuk pelaksanaan potongan gaji.
  3. Setelah MAIK menerima bayaran melalui skim potongan gaji, MAIK akan mengeluarkan penyata bayaran zakat kepada para pembayar 1 kali setahun.

CARA BAYARAN 3 : MEMBAYAR ZAKAT MELALUI POS MALAYSIA BERHAD

Prosedur Bayaran :

    • Pembayar hendaklah menghantar cek atau kiriman wang atau bank draf atas nama “Majlis Agama Islam Kelantan” dengan memberi maklumat berikut :-
      1. Nama
      2. No. Kad pengenalan
      3. Alamat dan no. Telefon

Setelah MAIK menerima bayaran daripada bayaran daripada pembayar, resit rasmi bayaran zakat akan dipos kepada pembayar.

CARA BAYARAN 4 : MEMBAYAR MELALUI AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
NO. AKAUN MAIK : 03-018-01-000005-0

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar mengisi slip bank yang disediakan oleh BIMB menggunakan No. Akaun MAIK
  2. Setelah transaksi dengan bank selesai, pembayar hendaklah menghantar kepada MAIK salinan slip bank tersebut berserta nama, alamat, no. Kad pengenalan dan no.telefon.
  3. Setelah MAIK menerima salinan slip bank tersebut, resit rasmi bayaran zakat akan dipos kepada pembayar (3 hari bekerja).

CARA BAYARAN 5 : BAYARAN ZAKAT DI KAUNTER PEJABAT POS

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar boleh membayar zakat di 30 buah pejabat pos berkomputer di negeri Kelantan
  2. Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat yang disediakan di kaunter pejabat pos
  3. Setelah pembayar membuat bayaran, pihak pos Malaysia akan memberi salinan borang bayaran zakat untuk simpanan pembayar
  4. Pos Malaysia akan melaporkan kepada MAIK jumlah bayaran zakat yang dikutip sebulan sekali dan wang kutipan zakat tersebut dimasukkan ke dalam akaun MAIK di bank CIMB

CARA BAYARAN 6 : BAYARAN ZAKAT MELALUI INTERNET BANKING

Pembayar perlu mempunyai salah satu akaun di bank-bank berikut: :

  1. Maybank 2u – www.maybank2u.com
  2. Bank Islam – www.bankislam.biz
  3. CIMB - www.channel-e.com.my
  4. RHB Bank – www.rhbbank.com
  5. AmBank – www.ambg.com.my
  6. Bank Rakyat – www.irakyat.com.my
  7. Affin Islamic – www.affinonline.com
  8. Standard Chartered – www.standardchartered.com.my

Setelah menerima bayaran daripada bank, MAIK akan mengepos resit rasmi bayaran zakat kepada pembayar (3hari bekerja).

CARA BAYARAN 7 : MEMBAYAR MENERUSI PORTAL MAIK (E-ZAKAT PAYMENT) DI WWW.E-MAIK.MY

klik pada ikon e-Zakat Payment

CARA BAYARAN 8 : MEMBAYAR ZAKAT DI PUSAT MINI PUNGUTAN ZAKAT MAIK

klik pada ikon Pusat Mini Pungutan Zakat

CARA BAYARAN 9 : MEMBAYAR MELALUI KAUNTER ZAKAT BERGERAK

CARA BAYARAN 10 : MEMBAYAR MELALUI PERKHIDMATAN SMS SYARIKAT DIGI (UNTUK ZAKAT FITRAH SAHAJA)

Prosedur Bayaran :

  1. Taip FITRAH dan hantar ke 20000
  2. Pilih Negeri KELANTAN
  3. Paparan Kadar Zakat Fitrah Kelantan
  4. Sila balas dengan NOMBOR KAD PENGENALAN
  5. Sila balas dengan JUMLAH BILANGAN ORANG
  6. Paparan Niat Membayar Zakat Fitrah
  7. NOMBOR RESIT akan dipaparkan

CARA BAYARAN 11 : MEMBAYAR MELALUI APLIKASI MOBILE APPS (MyMAIK e-Zakat Payment)

klik pada ikon diatas

CARA BAYARAN 12 : MEMBAYAR MELALUI KAUNTER MAIK DI UTC KOTA BHARU

  • UNIT PUNGUTAN ZAKAT
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Emel : zakat@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

JENIS-JENIS ZAKAT

ZAKAT WANG SIMPANAN

Kebanyakan urusniaga yang dijalankan pada hari ini adalah melibatkan matawang sebagai alat pertukaran. Setiap negara mempunyai nilai matawangnya sendiri dan penentuan nisab zakat matawang adalah bergantung kepada harga nisab emas iaitu 85 gram emas.

ZAKAT ATAS WANG SIMPANAN DI KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

KWSP adalah caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.KWSP tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu milik sempurna. Ia hanya dikenakan zakat apabila pencarumnya mengeluarkan wang tersebut dari tabung KWSP.

DALIL WAJIB ZAKAT WANG SIMPANAN

Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. Dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negeri Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun."

- (Hadis Riwayat Abu Daud)

SYARAT WAJIB ZAKAT WANG SIMPANAN

  • Islam
  • Sempurna Milik
  • Cukup Nisab
  • Merdeka
  • Cukup Haul
ZAKAT PENDAPATAN

Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.

DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

- (Surah Al-Baqarah : 267)

Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

  • Islam

  • Merdeka

  • Sempurna Milik

  • Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat - (Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah)

  • Cukup Nisab - Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.

  • Cukup Haul - Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

ZAKAT PERNIAGAAN

Perniagaan adalah satu hasil usaha yang dikenakan zakat apabila telah cukup syarat-syarat:

DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat; mereka takutkan kepada suatu hari yang hati penglihatan menjadi goncang (berbalik-balik). (Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan dari apa yang mereka kerjakan dan supaya Allah menambahkan kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas."

- (Surah An-Nur:37-38)

SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

1. Islam

Zakat perniagaan hanya dikenakan ke atas orang yang Islam. Bagi perniagaan yang terdapat orang Islam dan bukan Islam, hanya sebahagian atau kepentingan orang Islam sahaja dikenakan zakat.

2. Sempurna milik

Bermaksud bahawa saham syarikat atau modal perkongsian tersebut adalah milikan pemilik yang telah ditolak hutang membeli saham itu.

3. Niat untuk berniaga

Pemilik perniagaan tersebut mempunyai niat untuk berniaga iaitu untuk mendapatkan keuntungan.

4. Cukup nisab

Jumlah aset yang menjadi asas pengiraan zakat mestilah menyamai atau melebihi paras nisab. Nisab zakat perniagaan ialah bersamaan dengan nilai 85 gram emas harga semasa.

5. Cukup haul

Tempoh perniagaan berlaku selama genap setahun.

ZAKAT EMAS & PERAK

Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya

DALIL WAJIB ZAKAT EMAS & PERAK

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

- (Surah At-Taubah : 34-35)

Rasulallah S.A.W bersabda :

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka."

- (Hadis Riwayat Abu hurairah)

SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS & PERAK
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Haul
  5. Cukup Nisab
  6. (Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak)
ZAKAT BINATANG TERNAKAN

Binatang-binatang ternakan telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya dan manfaatnya banyak diterangkan dalam ayat-ayat suci Al-Quran umpama Surah An Nahl ayat 5 hingga 7 dan 80 serta Surah Yasin ayat 71 hingga 73.

Termasuk dalam kumpulan yang diwajibkan zakatnya iaitu unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibasy.

Ternakan-ternakan ini amat penting bagi manusia, antara lainnya untuk ditungganginya sebagai kenderaan, dimakan dagingnya, diminum susunya dan diambil/pergunakan bulu dan kulitnya.

Oleh itu Allah S.W.T meminta pemilikan binatang ini bersyukur atas nikmat dianugerahkan kepada mereka. Antaranya dengan mengeluarkan zakat.

DALIL WAJIB ZAKAT BINATANG TERNAKAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Tidakkah mereka melihat bahawa sesungguhnya kami telah menciptakan bagi mereka dengan kekuasaan kami binatang ternakan untuk mereka miliki dan kami peruntukan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebahagian daripadanya jadi kenderaan mereka dan sebahagian lain mereka makan, Dan daripadanya mereka dapatkan manfaat-manfaat yang lain berupa minuman, apakah mereka tidak bersyukur?”

- (Surah Yasin : 71 - 73)

Dari Abu Dzar R.A berkata: aku telah dating kepada Nabi S.A.W bermaksud:-

“Demi jiwaku dalam kekuasaanNya atau Demi Tiada Tuhan Selain daripadaNya, atau sebagaimana janji sumpah. Apabila seseorang memilki unta, sapi atau kambing/biri-biri, tidak menunaikan haknya (zakatnya), maka pada hari kiamat nanti ia tampak lebih besar dan gemuk dari dirinya yang biasa. Ternakan-ternakannya akan memijak-mijaknya dengan telapak-telapak kakinya dan menanduknya dengan tanduk-tanduknya. Setelah seesai rombongan ternakan terakhir memijaknya maka pertama mengulanginya pula, itulah hukuman yang ia perolehinya.”

- (Hadis Riwayat Bukhari)

SYARAT WAJIB ZAKAT BINATANG TERNAKAN
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna Milik
  4. Cukup Haul
  5. Cukup Nisab
  6. * Permulaan nisb bagi 5 ekor unta, 30 ekor lembu/kerbau, 40 ekor kambing/biri-biri/kibasy. Tidak digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja, umpamanya membajak sawah, menarik kenderaan, memusing kincir air dan sebagainya.
  7. Bebas Berumput
  8. * Binatang-binatang yang dikenaka zakat itu hendaklah dipelihara secara lepas bebas dipadang rumput. Sekiranya ditambat atau membawa rumput kepadanya tidak dikenakan zakat.
NISAB

Bilangan minimum yang dikenakan zakat bagi lembu dan kerbau ialah 30 ekor. Apabila seseorang yang mempunyai lembu atau kerbau sebanyak 30 ekor dikenakan satu ekor anak lembu jantan (Tabe’) yang berumur satu tahun lebih. Manakala yang mempunyai 40 ekor pula dikenakan zakatnya satu ekor lembu betina berumur dua tahun lebih (Masinnah).

TANGGUNJAWAB PEMILIKTERNAKAN SEMASA MENGELUARKAN ZAKAT TERNAKAN
  1. Binatang ternakan yang dikeluarkan zakat itu mestilah tidak cacat, sakit, terlalu tua yang boleh menyebabkan ia tidak dapat digunakan atau dinilai harganya kurang.
  2. Binatang yang dijadikan zakat hendaklah ditentukan jenisnya serta umumnya serta rupa fizikal atau keadaan pertengahan iaitu tidak terlalu baik atau sebaliknya.
  3. Jangan diambil zakat dari binatang ternakan yang sedang menyusukan anaknya atua hamil (mengandung).
ZAKAT TANAMAN

Kewajiban zakat pertanian iaitu buah-buahan dan biji-bijian yang dilaksanakan sejak zaman Makkah, telah ditetapkan oleh dalil naqli & aqli. Didalam Al-Quran sering disebut dengan kalimah Infaq atau Haq.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman : belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dan hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dan apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu kcuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya serta sentiasa terpuji.”

- (Surah Al-Baqarah : 267)

HASIL PERTANIAN YANG WAJIB DIKENAKAN ZAKAT

  • Imam Syafie dan Imam Malik, berpendapat bahawa sifat pertanian yang diwajibkan zakat ialah apabila ia menepati ciri-ciri hasil pertanian dan jenis makanan yang mengenyangkan, boleh dikeringkan tahan disimpan lama dan makanan lazim (asasi).
  • Dalam kitab Bahrul Mazi dan Al-Ashbah Wa Al-Nadza-ir disebutkan syarat dan hasil pertanian yang diwajibkan zakat. Hasil tersebut mestilah dari jenis makanan yang boleh mengenyangkan ditanam oleh manusia dan tahan disimpan.
  • Jenis buah-buahan dan biji-biji yang ditanam, seperti gandum, barli, jagung, padi,kacang putih, kacang buncis, kacang kuda, kurma, anggur kering, sekoi dan lain-lain lagi.
KADAR MENGELUARKAN ZAKAT PERTANIAN

Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dikeluarkan zakat mengikut jumlah penghasilan. Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan menetapkan kadar pengeluaran zakatnya bergantung kepada cara-cara penghasilannya iaitu;

  1. Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera dengan perbelanjaan yang banyak, maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.
  2. Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai atau parit (tali air) maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.
ZAKAT PERTANIAN DI NEGERI KELANTAN
  1. Hasil pertanian yang wajib dizakatkan dinegeri Kelantan buat masa ini ialah padi sahaja kerana ia menepati syarat hasil pertanian yang diwajibkan zakat mengikut Mazhab Syafie.
  2. Jemaah Ulama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah enetapkan bahawa cara bayaran zakat padi dikira mengikut jumlah bersih penghasilan padi dalam satu-satu musim sebelum ditolak kos pengurusan, penuaian, baja dan lain-lain.
  3. Setelah mendapat wang hasil jualan padi. Para petani hendaklah menyerahkan zakat padi mengikut kadar yang ditetapkan kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis secara bayaran tunai.
DALIL WAJIB ZAKAT PERTANIAN

Daripada Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tanaman yang diari, hujan, mata air dan Al-Athr (mengharapkan hujan), zakatnya 10% (1/10) manakala yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera dengan perbelanjaan sendiri yang banyak zakatnya 5% (1/20).”

- (Riwayat Ahmad, Muslim Al-Nasai dan Abu Daud)

SYARAT WAJIB ZAKAT PERTANIAN
    1. Islam
    2. Merdeka (tidak terdiri dari kalangan hamba abdi)
    3. Sempurna Milik (hendaklah dimiliki oleh pemiliknya dengan penuh kuasa)
    4. Cukup Haul
    5. Cukup Nisab
    6. * hendaklah cukup sukatannya 5 Ausuq bersamaan dengan 375 gantang Malaysia, kalau padi bersamaan dengan 875 kilogram.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1595
Kelmarin1419
Minggu Ini3014
Bulan Ini37770
Keseluruhan208769

X