• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM

PERKHIDMATAN : RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM

daitam4-10-06-2016.JPG
  • Soalan Lazim : FAQ Rumah Kebajikan Darul Aitam
  • Alamat :
    RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM
    Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
    Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II,
    Panji Kota Bharu Kelantan 16100 Malaysia
  • Telefon : 09-7715770 (Putera) / 09-7731293 (Puteri)
  • Faks : 09-7715777
  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

SEJARAH

Penubuhan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim adalah di bawah Seksyen 7(1) (C) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966. Di bawah Enakmen ini, MAIK telah menubuhkan dua buah rumah kebajikan anak-anak yatim iaitu Darul Aitam Putera yang terletak di Jalan Dato’ Lundang (mula beroperasi pada 2 Mei 1985) dan Darul Aitam Puteri yang terletak di Jalan Raja Dewa (dibuka secara rasmi pada 3 Ogos 1992).

Pada penghujung tahun 2006, anak-anak Darul Aitam Putera telah dipindahkan ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji. Sejak dari itu, segala urusan pentadbiran Darul Aitam berpusat di kompleks ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Membantu memberi kemudahan dan kesempurnaan sara hidup kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dan dhaif
  2. Membimbing melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup berdikari
  3. Membimbing dan memberikan kemudahan pendidikan ilmiah ke arah mencapai kecemerlangan akademik
  4. Meringankan beban keluarga anak-anak yatim dari golongan miskin
  5. Memupuk keimanan dan mengukuhkan didikan rohaniah yang seimbang dan sempurna
  6. Menerapkan nilai-nilai keagamaan bagi melahirkan anak-anak yatim yang dinamis progresif serta berakhlak mulia.
  1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi borang Borang Permohonan Kemasukan Darul Aitam
  2. Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat Darul Aitam
  3. Pihak Darul Aitam akan mengadakan lawat siasat ke rumah-rumah pemohon
  4. Surat panggilan temuduga akan dihantar. Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  5. Proses temuduga akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
  6. Pemohon yang berjaya akan mendaftar masuk ke Darul Aitam pada tarikh yang telah ditetapkan
  7. Borang permohonan boleh dimuatturun di bahagian MUAT TURUN portal MAIK dan juga boleh didapati di pejabat berikut:
    • Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Putera
      Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra
      Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji
      16100 Kota Bharu, Kelantan

    • Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Puteri
      JKR 277 (N), Jalan Raja Dewa 2/20,
      Jalan Telipot,
      15150 Kota Bharu Kelantan

    • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
      Kompleks Balai Islam, Lundang
      Jalan Sultan Yahya Petra,
      15200 Kota Bharu, Kelantan

  1. Anak yatim atau yatim piatu (kematian bapa)
  2. Berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun
  3. Peranakan Negeri Kelantan dan ibu bapa berasal dari Negeri Kelantan
  4. Keluarga yang kurang berkemampuan (miskin)
  5. Tanggungang keluarga yang ramai
  6. Sihat tubuh badanBerkelakuan baik
  7. Keutamaan kepada yang maju dalam pelajaran

Sesuai dengan objektif penubuhan Darul Aitam untuk memberi keselesaan kehidupan kepada anak-anak yatim yang kehilangan tempat bergantung, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu mereka menjadi insan yang berjaya dan berdikari mengikut kemampuan dan potensi yang ada pada diri mereka.

Antara program-program yang dilaksanakan seperti :

  1. PROGRAM PEMANTAPAN DIRI : Majlis suai kenal, kelas Al-Quran dan bimbingan Fardhu Ain, Kelas Agama Kursus dan Bimbingan.
  2. KEMAHIRAN : ceramah motivasi dan agama, asuhan pengurusan diri dan kesihatan, kursus kemahiran belajar
  3. AKADEMIK : Kelas tambahan semua matapelajaran, program kecemerlangan seperti kelas intensif UPSR, PMR dan SPM,kelas pemulihan 3M
  4. PROGRAM REKRIASI : Riadah dan kawad, lawatan sambil belajar,menerima lawatan dan kunjungan serta program gotong-royong

Darul Aitam dibina bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal, persekolahan, kemudahan berekreasi sebagai asas keperluan hidup. Kemudahan seperti dewan serbaguna, mussala, asrama, persekitaran yang selesa dapat mewujudkan suasana belajar serba lengkap yang diperlukan oleh mereka.

Kemudahan yang disediakan juga banyak membantu mengembangkan potensi penghuni-penghuni Darul Aitam. Antara kemudahan yang disediakan adalah :

  1. Persekolahan
  2. Pakaian
  3. Pengangkutan
  4. Rawatan & Perubatan
  5. Makan & Minum
  6. Bantuan melanjutkan pelajaran & biasiswa
  7. Duit sumbangan balik kampung

Darul Aitam memperolehi peruntukan daripada MAIK dan sumbangan daripada badan-badan pertubuhan, badan-badan korporat, orang perseorangan dan sebagainya.

Darul Aitam juga mempunyai Tabung Kebajikan di mana ianya menerima sumbangan daripada pelbagai pihak

Peruntukan dan sumbangan tersebut digunakan untuk perbelanjaan dan keperluan anak-anak yatim

Di antara perbelanjaan yang digunakan untuk anak-anak yatim adalah seperti berikut :

  1. Makan dan minum
  2. Yuran Persekolahan
  3. Buku sekolah dan lain-lain keperluan
  4. Pakaian seragam
  5. Lawatan sambil belajar
  6. Aktiviti-aktiviti pembangunan jati diri

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini959
Kelmarin1383
Minggu Ini7954
Bulan Ini40128
Keseluruhan253582

X