• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

OBJEKTIF, STRATEGI, VISI, MISI & MOTO

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

OBJEKTIF MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa objektifnya seperti berikut:

1. DAKWAH

Dakwah Islamiah yang berkesan.

2. MASYARAKAT YANG DINAMIS

Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah

3. KEIMANAN & UKHWAH ISLAMIAH

Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di negeri Kelantan khususnya an di Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.

4. KEBAJIKAN & MENCEGAH KEMUNGKARAN

Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran di dalam masyarakat Islam di Kelantan

5. KEMAJUAN SOSIAL & EKONOMI

Melaksanakan usaha-usaha menambahkan harta dan sumber melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di Kelantan.

STRATEGI MAIK

Antara strategi yang diatur bagi mencapai objektif MAIK adalah sebagaimana berikut :

  1. Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan MAIK
  2. Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
  3. Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi.
  4. Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat islam di kalangan fakir miskin, saudara baru, anak yatim, dan lain-lain.
  5. Menggalak dan mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan.

VISI MAIK

Untuk Menjadikan Sebuah Organisasi Pengurusan Wang Zakat Dan Pengurusan Harta Baitulmal Dan Wakaf Yang Terunggul Di Malaysia.

MISI MAIK

Memberi Sumbangan Bermakna Untuk Meningkatkan Taraf Sosio Ekonomi Islam.

MOTO MAIK

"Islam Penyuluh Hidup"

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini237
Kelmarin1346
Minggu Ini237
Bulan Ini34166
Keseluruhan376417

X