• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERUTUSAN

YANG TERAMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PERUTUSAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

Asslamualaikum w.b.t Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam sejahtera buat junjungan kita nabi Muhammad s.a.w, pembimbing ummah, selawat dan salam juga untuk seluruh ahli keluarga Baginda, para tabi'in dan generasi penerus risalah dan penyebar sunnah sehingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita melancarkan Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Portal Rasmi MAIK adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk bersikap lebih terbuka di dalam menguruskan sistem penyampaian pengurusan MAIK di samping meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Berteras kepada objektif MAIK iaitu untuk membentuk serta mewujudkan masyarakat Islam yang dinamis dan progresif, saya berharap Portal Rasmi ini mampu menjadi medium terbaik untuk masyarakat mengakses maklumat bagi mendapatkan input yang telus dari kami.

Semoga ini memberi manfaat dan kebaikan bersama bagi membantu kami sekaligus menyediakan perkhidmatan yang efisyen untuk semua.

Selamat melayari Portal Rasmi MAIK.

Sekian, Terima Kasih.

YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROFIL YTM TENGKUBERITA KHAS YTM TENGKU

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini112
Kelmarin975
Minggu Ini7943
Bulan Ini29819
Keseluruhan138180

X