• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PROFIL

YANG MAHA MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAIK

PROFIL YANG MAHA MULIA TUANKU YANG DIPERTUA

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan melantik adinda baginda, Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra (Pemangku Raja Kelantan) menjadi Yang Dipertua baru Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggantikan YABhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Wan Konok, yang telah dilantik sebagai Penasihat kepada Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertua MAIK pada 21 Jun 2009. Mengikut sejarah, Yang Maha Mulia Tuanku merupakan Yang Dipertua MAIK yang ke-17 semenjak penyandang jawatan Yang Dipertua pertama dilantik pada penghujung tahun 1915.

LATAR BELAKANG

Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan di Kota Bharu pada 20 Januari 1974. Yang Maha Mulia Tuanku ialah putera Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Yang Maha Mulia Tuanku ialah putera kedua daripada tiga orang putera dan seorang puteri iaitu: Tengku Muhammad Faris Petra (sekarang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15),Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri. Pada 20 Mac 1989, Yang Maha Mulia Tuanku dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Yang Ke-30.

PENDIDIKAN

Yang Maha Mulia Tuanku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2) Kota Bharu, Kelantan. Kemudian Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke London untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah dan memilih Oakham School, Rutland, England sebagai tempat pengajian. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3A-Level, Yang Maha Mulia Tuanku menyambung pelajaran peringkat tinggi di London School of Economics. Yang Maha Mulia Tuanku telah lulus dengan meraih ijazah Bachelor of Arts dalam bidang History.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku. Setelah memperoleh ijazah pertama dalam bidang sejarah, Yang Maha Mulia Tuanku terus tinggal di London untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Yang Maha Mulia Tuanku memilih University College London bagi menyambung pelajaran peringkat Master dan berjaya mendapat ijazah Master of Arts (M.A) dalam jurusan Ancient History. Di universiti dan bidang yang sama, Yang Maha Mulia Tuanku berjaya memperoleh ijazah lanjutan MPhil in Ancient History. Tidak cukup dengan ijazah M.A., Yang Maha Mulia Tuanku turut menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang yang sama. Baginda memperolehi ijazah PhD tersebut pada Ogos 2013. Di masa lapang, Yang Maha Mulia Tuanku gemar membaca dan melukis. Dalam bidang sukan pula, Yang Maha Mulia Tuanku sangat berminat dalam permainan bola sepak.

YANG DIPERTUA MAIK YANG KE-17

Sesungguhnya, pemilihan Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Yang Dipertua MAIK memang sesuai dengan tahap pendidikan tinggi dan kelayakan akademik yang dimiliki oleh Yang Maha Mulia Tuanku.

Sehubungan dengan pelantikan tersebut, pada 5 Julai 2009, Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke pejabat MAIK bagi memulakan tugas sulung selaku Yang Dipertua MAIK, seterusnya mempengerusi Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan Kali ke-877/Bil.2/2009.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini847
Kelmarin1667
Minggu Ini8718
Bulan Ini26450
Keseluruhan569249

X