• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Sumber Manusia di hr@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Borang jawatan kosong MAIK boleh didapati di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau boleh di muat turun di portal MAIK.

Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di MAIK bolehlah menghantar surat permohonan untuk menjalani latihan kepada MAIK atau emelkan permohonan kepada Unit sumber Manusia di hr@e-maik.my

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Kewangan di kewangan@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran MAIK Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 27 Januari 2011, pengambilan cek-cek di MAIK perlulah dipatuhi sebagaimana berikut :

Pengambilan Cek oleh Penerima :

Penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK
Penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek

Pengambilan Cek Oleh Ibu/Bapa

Sekiranya penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada ibu/bapa untuk mengambil cek bagi pihak dirinya

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Wakil Selain Daripada Ibu/Bapa

Sekiranya penerima cek atau ibu/bapa kepada penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada individu yang dikenalinya dengan melampirkan surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penrima cek dan wakil yang mengambil cek.

Individu yang mewakili penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK.

Individu yang mewakili penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Pembekal /Wakil Syarikat Pembekal

Pembekal/kakitangan syarikat yang hadir bagi mengambil cek syarikat perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek dan dicop dengan 'rubber stamp' syarikat serta mencatatkan nama dan no kad pengenalan masing-masing.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Cara Bayaran 01 : Membayar di Kaunter Zakat Pejabat MAIK

Cara Bayaran 02 : Membayar melalui Skim Potongan Gaji

Cara Bayaran 03 : Membayar zakat melalui Pos Malaysia Berhad

Cara Bayaran 04 : Membayar melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bimb)

Cara Bayaran 05 : Bayaran zakat di kaunter Pejabat Pos

Cara Bayaran 06 : Bayaran zakat melalui internet Banking

Cara Bayaran 07 : Membayar menerusi Portal MAIK (e-Zakat Payment) - www.e-maik.my

Cara Bayaran 08 : Membayar zakat di Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK

Cara Bayaran 09 : Membayar melalui kaunter Zakat Bergerak

Cara Bayaran 10 : Membayar melalui aplikasi mobile (MyMAIK e-Zakat Payment)

Cara Bayaran 11 : Membayar di kaunter MAIK, UTC Kota Bharu (Tingkat 2)

Ya, pembayaran zakat boleh dibuat kepada maik walaupun bekerja di luar Negeri Kelantan.

Pembayaran zakat melalui skim potongan gaji MAIK:-

o Prosedur Bayaran

Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh MAIK (terdapat 3 salinan) denagn mendapatkan pengesahan majikan dan menghantar semula kepada MAIK

MAIK akan berurusan dengan pejabat gaji atau majikan pembayar untuk pelaksanaan potongan gaji.

Setelah maik menerima bayaran melalui skim potongan gaji, MAIK akan mengeluarkan penyata bayaran zakat kepada para pembayar 1 kali setahun.

Borang Skim Potongan Gaji MAIK boleh di muat turun melalui Portal Rasmi MAIK di sini

Permohonan untuk mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512.

Kemaskini alamat boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512.

Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
i. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau;
ii. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan(berdasarkan perbelanjaan Dharuriat).

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada.

Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya.Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya,zakat tidak dikenakan ke atasnya.

Menurut Imam Syafie,tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak.Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya.

Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yag rugisekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Kakitangan Unit Adat Istiadat di talian 09-7481512.

  • Baitulmal menurut bahasa berasal dari perkataan Arab dari dua kosakata iaitu Al-Bait dan Al-Mal di mana yang pertama bererti “rumah” dan kedua bererti “harta” atau ringkasnya rumah harta (Perbendaharaan)

  • Dari sudut istilah : "rumah yang menerima sesuatu harta dan menyimpannya untuk diagihkan. Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta.

Antara sumber-sumber Baitulmal :

  • Sumbangan Kerajaan
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma / faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang ditemui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal
  • Wang / harta tidak patuh syariah

Pemohon yang berminat untuk menyewa premis Baitulmal MAIK perlu mengisi Borang Permohonan Sewaan Premis. Borang ini boleh didapati di kaunter Baitulmal MAIK atau muat turun borang melalui Portal Rasmi MAIK

Luqatah adalah barang yang ditemui, disesuatu tempat yang bukan milik seseorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan sesuatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya. contohnya emas, jam, dan lain-lain

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Kakitangan Unit Adat Istiadat di talian 09-7481512.

Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Resit Hasil Tanah terkini
  • Salinan Geran Tanah
  • Surat Cara Wakaf

Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (Bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-

  • Kaunter Wakaf di MAIK
  • Sumbangan menerusi Portal MAIK e-waqaftunai di www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my
  • Bank Islam : 03-018-01-016270-3 *sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai
  • Cek diatas nama : Majlis Agama Islam Kelantan *sila lampirkan borang sumbangan waqaf tunai

Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pewakaf
  • Salinan Geran
  • Pelan Akui daripada JUPEM
  • Salinan Borang 12A/12B
  • Apa-apa dokumen berkaitan tanah daripada Pejabat Tanah Jajahan berkaitan.

Terdapat 4 Kategori iaitu :-

  • Wakaf Am / Keagamana
  • Wakaf Kesihatan
  • Wakaf Pendidikan
  • Saham Wakaf / Pembangunan Projek

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Projek di talian 09-7481512.

MAIK telah menyediakan borang permohonan khusus bagi permohonan penyelenggaraan masjid dan surau di jajahan negeri kelantan. Walau bagaimanapun, pemohon juga boleh mengutuskan surat kepada maik bagi memaklumkan hasrat bagi pembaikian masjid dan madrasah berkenaan.

  • MAIK mambantu menyalurkan sumbangan kepada rumah ibadat ini melalui beberapa kaedah seperti sumbangan kewangan. Contoh sumbangan yang dipertimbangkan oleh
  • MAIK adalah seperti membaikpulih dan menaiktaraf tandas, pendawaian semula elektrik, mengecat semula bangunan, membina pagar masjid dan lain-lain.
  • Selain itu juga MAIK turut membekal dan memasang permaidani, alat siaraya dan papan tanda kepada masjid dan surau di seluruh jajahan negeri kelantan.
  • MAIK juga memperuntukan dana bagi membina dan membaik pulih pagar perkuburan islam.

MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak di talian 09-7715772.

Permohonan bolehlah dibuat dengan menghantar surat permohonan kepada pihak pengurusan MAIK beralamat di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang selewat-lewatnya dua minggu sebelum program. Bagi pengguna dalaman, bolehlah mengisi borang yang telah disediakan.

Boleh. Namun, surat permohonan perlulah dihantar segera.

Buat masa sekarang, tempahan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan-kemudahan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah terhad kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri serta bagi program kerjasama dengan MAIK.

Tidak. Penggunaan Dewan Utama di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bagi tujuan kenduri adalah tidak dibenarkan.

Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ialah Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Penginapan, Rumah Tamu, Masjid, dan Asrama.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Darul Aitam di talian 09-7715772.

Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui imam mukim masing-masing. Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Daru l Aitam untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat.

Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen, dan lain-lain yang menjadi keperluan.

Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Penerbitan di penerbitan@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Sehingga kini, terdapat 14 Judul buku yang ada di Unit Penerbitan, MAIK namun jumlah judul buku baru akan sentiasa di update dari semasa ke semasa.

Tempahan boleh dibuat melalui pembelian buku online menerusi sistem e-Penerbitan MAIK, menelefon kepada Unit Penerbitan, MAIK atau dengan mengisi borang langganan buku yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli.

Langganan majalah pengasuh boleh dibuat melalui telefon kepada Unit Penerbitan, MAIK atau boleh dibuat dengan mengisi borang langganan majalah pengasuh yang boleh di MUAT TURUN di portal rasmi MAIK atau yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli.

Terdapat 3 cara pembayaran buku iaitu
1) Secara tunai
2) Secara bank-in iaitu ke nombor akaun CIMB Islamic ke nombor akaun 031000137101 atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
3) Secara cek atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

Kebiasaan buku akan sampai kepada pengedar dalam tempoh 3 hari waktu bekerja daripada tempahan buku dibuat.

Diskaun yang akan diberi kepada pembeli bergantung kepada jumlah buku yang diambil. Akan tetapi mana-mana pembeli yang datang beli sendiri di Unit Penerbitan, MAIK akan diberi diskaun/potongan sebanyak 10%.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Perpustakaan di perpustakaan@e-maik.my atau berhubung terus di talian 09-7740102.

Perpustakaan Islam MAIK merupakan sebuah perpustakaan khusus dibawah pengurusan MAIK, dibuka untuk semua lapisan masyarakat.

Bahan bacaan / maklumat yang ada diperpustakaan Islam MAIK adalah koleksi kitab hadis, feqah, tafsir, akidah, kertas kerja dan thesis.Terdapat juga koleksi terbitan MAIK sendiri seperti majalah pengasuh, laporan tahunan MAIK, buletin MAIK dan banyak lagi.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Kakitangan Unit Adat Istiadat di talian 09-7481512.


Adalah termaktub dalam titah ucapan Almarhum DYMM Sultan Muhamad IV sempena perisytiharan Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 yang memberi penekanan khusus Baginda
“Kita hendak dengan perkataan “Istiadat” Melayu itu ialah yang melengkapi atas yang adat dan adab Melayu yang elok yang sayogia dipelihara akan dia mengikut bagaimana peradaban masa”.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
“Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan", bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah Baginda di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama di Negeri ini dalam semua perkara mengenainya.”
Sejajar dengan perisytiharan dan Enakmen MAIK No. 4 Tahun 1994 maka justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat adalah seperti berikut:


1) Melengkapi tujuan/ tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Bertanggungjawab menyelidik dan mengumpul bahan-bahan yang berunsur adat dan istiadat Melayu bagi rujukan pada masa akan datang.

3) Menjadi Badan Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam Hal Ehwal Adat dan Istiadat Melayu Negeri Kelantan pada masa hadapan.

Sebagaimana umum mengetahui justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat, maka begitu juga dengan sumbangan Unit Adat Istiadat kepada masyarakat. Bahan-bahan hasil kajian yang dijalankan akan diterbitkan dan didokumentasikan. Masyarakat umum boleh merujuk kepada kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan adat dan istiadat Melayu di negeri ini.

Kajian dan pendokumentasian ini dilakukan bagi melestarikan khazanah warisan Melayu Kelantan dari terus malap ditelan dek zaman. Biarpun tidak diamalkan lagi pada masa sekarang, sekurang-kurangnya terdapat maklumat dan bahan bagi memperkatakan tentang warisan tersebut.

Penyelidikan dan pendokumentasian yang dijalankan di MAIK adalah berlandaskan kepada Enakmen MAIK No. 4 tahun 1994 di bawah Seksyen 38, Adat istiadat yang tidak berlawanan:

“Mana-mana adat istiadat Melayu atau undang-undang adat istiadat Melayu yang masih diamalkan di Negeri ini dan tidak berlawanan dengan pengajaran Islam hendaklah diambil kira ketika mengeluarkan mana-mana fatwa di bawah seksyen-seksyen sebelum ini.”

MAIK mengambil kira sebarang penyelidikan dan pendokumentasian harus berlandaskan dengan undang-undang tersebut. Kalau ada pun adat istiadat tersebut yang bertentangan maka hanya dinyatakan perkara tersebut sahaja, sekadar memberi maklum kepada masyarakat awam tentang warisan nenek moyang pada suatu ketika dahulu. Setelah pengukuhan asas akidah Islam berlaku maka amalan itu sudah tidak diamalkan lagi. Penyataan khusus bagi perkara ini amat wajar dinyatakan, memandangkan ia sebahagian daripada adat istiadat Melayu Kelantan.

Dalam mengetengahkan bahan penyelidikan dan maklumat Adat Istiadat kepada masyarakat awam, aktiviti lain yang memberi peranan yang sama melalui anjuran seminar, bengkel, wacana, diskusi, persidangan dan umpamanya. Hal ini secara tidak langsung dapat mnedekati masyarakat dalam memberi pendedahan dan pemahaman kepada mereka. Selain itu, melalui cetakan pamphlet unit juga sebagai satu langkah ke arah tersebut.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini706
Kelmarin1560
Minggu Ini8024
Bulan Ini21954
Keseluruhan609119

X