Rabu, 20 Februari 2013 09:48

Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Secara Online

Written by  Admin
Rate this item
(2 votes)

Februari, 2013 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menaiktaraf cara permohonan bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dengan menyediakan perkhidmatan atas talian bagi kepada pelajar di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, YABhg. Dato' Hj. Kamaruddin bin Mohd Zin berkata, perkhidmatan tersebut bagi memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk mengemukakan permohonan bantuan berkenaan tanpa perlu beratur di kaunter bagi mendapatkan borang. Perkhidmatan itu juga secara tidak langsung memudahkan kakitangan MAIK untuk mengemaskinikan permohonan.

Pelajar asnaf yang layak menyambung pelajaran ke IPT tempatan boleh membuat permohonan sebelum tarikh pendaftaran atau selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT. Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman sesawang MAIK iaitu www.e-maik.my dan klik di ikon Permohonan Bantuan IPT Online.


Selepas selesai mengisi borang permohonan dan bersetuju dengan semua maklumat yang diberikan, pemohon mestilah mencetak borang lengkap, kemudian mendapatkan pengesahan daripada imam atau penggawa atau ketua jajahan masing-masing. Borang yang lengkap tersebut perlu dihantar ke Pejabat MAIK dengan menyertakan salinan penyata akaun Bank Islam atau Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak MAIK mungkin akan menambah beberapa akaun bank lain bergantung kepada permintaan. Cuma pada permulaan ini hanya Bank Islam dan BSN akan digunakan terlebih dahulu.

Kemudahan dalam talian ini boleh dibuat dalam masa 24 jam di mana-mana sahaja pelajar itu berada. Sebarang pertanyaan mengenai cara pengisian atau permasalahan yang dihadapi semasa mengisi borang boleh menghubungi Unit Agihan di talian 09-7481512 samb.243/255




Last modified on Rabu, 20 Februari 2013 16:51

HUBUNGI KAMI

 Majlis Agama Islam Dan
 Adat Istiadat Melayu Kelantan
 Kompleks Balai Islam
Lundang,15200 Kota Bharu, Kelantan
Talian Bebas Tol : 1-800-88-6060

No Telefon : 09-7481512
No Faks : 09-7485512
  maik@e-maik.my

webmaster@e-maik.my


JUMLAH PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini :57
mod_vvisit_counterSemalam :139
Online : 2

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup