faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IFTAR MASAKAN PANAS MAIK LEGAKAN PENDUDUK DI GAZA BERBUKA

Selepas Rafah, Pertubuhan Viva Palestina Malaysia menerusi sumber dana yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meneruskan penyediaan bantuan makanan panas kepada penduduk di Khan Younis iaitu di kawasan bandar selatan Gaza.

Bantuan makanan panas yang membekalkan tenaga ini dimasak oleh anggota-anggota pertubuhan dengan bantuan NGO di sana bagi memastikan dapat merasai kenikmatan berbuka.

Pada 24 Mac 2024 lalu, kami dimaklumkan pihak pertubuhan menyediakan juadah berbuka kepada 450 keluarga di Khan Younis.

Meskipun kami tahu suasana sebelum genjatan senjata di sana amat dahsyat namun, dari kejauhan kami menzahirkan kesyukuran dan mampu tersenyum kerana dapat melihat anak-anak kecil tersenyum, nampak gembira menunggu dengan setianya makanan siap dimasak.

Terima kasih jua kami ucapkan kepada Pertubuhan Viva Palestina Malaysia yang menjadi penghubung kepada MAIK untuk menyampaikan sumbangan dan menggembirakan penduduk Gaza selama 21 hari program Iftar Masakan Panas MAIK dilaksanakan.

Bantuan dalam bentuk hidangan makanan panas yang diuruskan oleh pertubuhan ini telah bermula sejak 14 Mac 2024 dengan memanfaatkan sumbangan berjumlah RM150,000.

Hasil sumbangan yang disalurkan ini dapat dinikmati kira-kira 32,000 hingga 42,000 penduduk di Gaza ( 8,400 keluarga).

Sumbangan yang disampaikan kepada penduduk di sana adalah hasil daripada kutipan derma masyarakat di Kelantan menerusi Tabung Palestin yang diwujudkan di seluruh masjid di negeri ini oleh MAIK.

Pihak pertubuhan juga memaklumkan, pada semalam pihaknya telah mengesahkan dengan bantuan NGO di sana bahawa bantuan masakan panas ini akan diteruskan selama 6 hari lagi.

Jutaan terima kasih juga dizahirkan kepada semua penyumbang kerana sekecil-kecil sumbangan ini amat bermakna buat saudara segama kita di sana.

Semoga ALLAH SWT menerima amal kebaikan yang kita lakukan ini dan menjadi salah satu asbab untuk kita menerima ganjaran sebagai penghuni Syurga nanti. Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

Foto: Viva Palestina Malaysia

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini316
Kelmarin3319
Minggu Ini6363
Bulan Ini115364
Jumlah Pengunjung22999968