• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Friday Syaaban 9 1441
Saturday April 04 2020

NEWS 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BANTU KANAK-KANAK OKU

Puan Salihah Harapan binti Abdullah, seorang ibu tunggal (bercerai) menyara 6 orang anak yang berumur 4 hingga 18 tahun dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan, berpendapatan RM30-RM40 sehari di samping mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400.00 sebulan. Beliau memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mengurus seorang anak  istimewa berumur 10 tahun yang  mengidap Cerebral Palsy dan sering diserang sawan seperti pembelian susu khas, lampin pakai buang, nestum dan kos ulang alik ke hospital untuk  rawatan susulan. Kes ini mendapat liputan akhbar Sinar Harian  bertarikh 4 Disember, 2017 dengan tajuk “BERKALI-KALI LAFAZ LAILAHAILALLAH”. 

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Salihah Harapan binti Abdullah untuk perbelanjaan anak istimewa tersebut. Sumbangan yang diberikan diharap dapat meringkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

CONTACT US

Telephone : +609-7481512

Free-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Email: maik [at] e-maik [dot] my

Follow Us:

COUNTER VISITOR

Today29
Yesterday4183
This Week17718
This Month11797
All863097

X

MENU

  • ZIKIR MUNAJAT