• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Rabu November 13 2019

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Majalah Pengasuh keluaran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan boleh didapati melalui Aplikasi :

Antara isu yang cuba dibincangkan oleh majalah Pengasuh kali ini ialah tentang pemilikan harta dan juga pengeluaran zakat. Untuk itu, disiarkan tulisan Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah yang membincangkan tentang “Pemilikan Harta dari Sudut Pandangan HAMKA dalam Kitab Tafsir al-Azhar” serta tulisan oleh Ridhwan bin. Hj. Abdul Rahman, Pegawai Zakat MAIK yang mengulas tentang “Zakat Melalui Potongan Gaji: Implementasi Tangan Kanan Memberi Tidak Diketahui Tangan Kiri”. Pengasuh kali ini juga menyambung kembali kisah tokoh sejarawan Kelantan iaitu Abdullah bin Muhammad (Nakula), tulisan Dato’ A Aziz Deraman. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi seperti “Pengukuhan Bidang Usuluddin dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini dan Akan Datang” oleh Dr. Mohamad Kamil bin Hj. Ab. Majid dan Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil, “Prinsip Maslahah dalam Politik dan Perundangan Islam” oleh Mohd. Saiba bin Yaakob, dan lain-lain. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Pengasuh kali ini menampilkan artikel-artikel yang cukup menarik untuk ditatapi oleh pembaca. Memulakan Pengasuh kali ini ialah artikel bertajuk Biografi dan Ketokohan Abdullah bin Mohamad (Nakula) oleh Dato’ Haji Aziz Deraman. Diikuti pula oleh artikel yang bertajuk Pengukuhan Bidang Usuludin Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini Dan Akan Datang oleh Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid dan Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil. Turut dimuatkan petikan akhbar didalam negeri yang bertajuk Khabaran Bunuh Dalam Surau (Pengasuh  1946). Disiarkan juga artikel oleh Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil, dengan tajuk Gengsterism Dalam Kalangan Remaja Islam: Satu Masalah Yang Membimbangkan. Ikuti juga lain-lain artikel dan cerpen yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Pengasuh sekali lagi menempa satu episod yang sangat bersejarah apabila telah dianugerahkan dengan anugerah Citra Sahabat DBP 2018, bagi kategori media cetak oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Untuk itu Pengasuh kali ini merakamkan detik yang bersejarah tersebut sebagai tatapan para pembaca. Bagi mengisi Pengasuh keluaran kali ini juga dimuatkan artikel-artikel yang lain antaranya bertajuk Penulisan Tafsir Al-Quran Majalah Pengasuh (1953-2008) oleh Abdullah Aqil Faqihi bin Che Muhamad Rahim dan Mazlan bin Ibrahim, Laras Bahasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat oleh Samhani Ismail dan Muhamad Hasnan Daud,  Golongan Yahudi Dari Kacamata Islam oleh Ahmad Mujahidin bin Ahmad, puisi - Warkah Raja Haji Ali Kepada Umat Melayu :- Abham TR. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh kali ini.

Pengasuh kali ini mengimbau kembali program seminar “Satu Abad Penerbitan Majalah Pengasuh” yang telah diadakan pada 1 November 2018. Program ini diadakan bagi meraikan penerbitan majalah Pengasuh yang telah pun menempuh 100 lamanya. Untuk itu disiarkan di dalam Pengasuh kali ini teks titah ucapan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Temenggong Kelantan dalam seminar tersebut untuk tatapan pembaca. Turut disiarkan ialah teks persembahan ucapan seminar “Satu Abad Penerbitan Majalah Pengasuh” oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan B. Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), serta artikel bertajuk “100 Tahun Majalah Pengasuh (1918-2018) oleh Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri B. Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, merangkap Penasihat Penerbitan Majalah Pengasuh. Ikuti juga artikel-artikel lain yang menarik di dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Pengasuh kali ini menampilkan artikel-artikel daripada pengarang yang berkaliber seperti Dr. Mohd Kamil Ab. Majid yang menampilkan artikel yang bertajuk Pengabdian Hidup. Manakala Dato’ A. Aziz Deraman pula memuatkan artikel tentang Jati Diri Bangsa dan Masyarakat Madani. Disiarkan juga artikel berkenaan dengan sejarah Patani oleh Nik Azman NM yang bertajuk Sejarah Kelam Patani Darus Salam. Turut disiarkan  juga artikel dalam bahasa Inggeris yang disusun oleh Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah yang bertajuk LGBT: Do We Care?, dan juga artikel dalam tulisan rumi yang bertajuk Kesan Pindah Milik Tanah Melalui Borang 14A Di Perjabat Tanah Terhadap Pemberi Tanah. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh kali ini.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini721
Kelmarin1257
Minggu Ini3091
Bulan Ini15201
Keseluruhan631940

X