• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Muharram 24 1441
Isnin September 23 2019

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEMINAR PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ANJURAN MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Seminar Pemegang Tauliah Mengajar pada 24 Ogos 2013 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji, Kota Bharu yang dihadiri oleh peserta seramai 650 orang.

Seminar sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada para peserta dengan harapan maklumat yang diterima itu dapat disampaikan kepada masyarakat melalui kuliah-kuliah yang akan diadakan di masjid/surau nanti. Seminar ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pemegang tauliah dengan pihak MAIK dan dalam masa yang sama dapat mengesan status pemegang tauliah sama ada mereka aktif mengajar atau sebaliknya. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pemegang tauliah serta dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.

Seminar yang mengharapkan untuk mendapat keberkatan dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan seterusnya diikuti dengan Ucaptama oleh YB SS Dato’ Haji Muhamad Shukri b Mohamad, Mufti Negeri Kelantan. Program kemuncak ialah pembentangan dua kertas kerja iaitu, kertas kerja pertama bertajuk “Islam Sebagai Agama Persekutuan” disampaikan oleh YBhg. Haji Mahamad Naser bin Disa,(Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Peserkutuan). Seterusnya di ikuti pembentangan kertas kerja kedua yang disampaikan oleh YBhg. Dato‘ Hj Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM, bertajuk “Pendekatan Dakwah Masa Kini“. Perjalanan seminar itu mendapat reaksi yang memuaskan daripada peserta kerana mereka berpeluang untuk mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan kedua-dua kertas kerja yang telah dibentangkan dan para peserta dapat mengambil manfaat sepenuhnya hasil dari perkongsian ilmu pada hari itu.

Disediakan Oleh : Ridhwan Bin Abd Rahman

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini600
Kelmarin1935
Minggu Ini600
Bulan Ini36680
Keseluruhan559614

X