• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Jamadil Akhir 28 1441
Ahad Februari 23 2020

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN PENYERAHAN LAPTOP KEPADA GURU AGAMA SAUDARA BARU DI ASRAMA ORANG ASLI, LOJING KG SIGAR GUA MUSANG

7-8 April 2013 (Ahad dan Isnin) - Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) iaitu YBrs. Tuan Haji Che Hamat Bin Che Muda telah melawat Pusat Latihan Dakwah MAIK yang merupakan Asrama Saudara Baru Orang Asli di Lojing, Kg Sigar Gua Musang.

Rombongan MAIK telah disambut oleh Guru-guru Agama Saudara Baru Orang Asli seramai 28 orang guru agama dari Pos Sigar, Hendrop, Tuel, Lebir, Galang, Jekjok, Pulat, Balau, Kuala Betis, Karbi, Sangway dan Pos Brooke.

Lawatan kali ini adalah untuk menyerahkan 3 unit komputer riba (laptop), 1 unit pencetak Laser Jet dan juga 30 unit pendrive (storage) diberikan kepada Guru-guru Agama Orang Asli untuk tujuan dakwah. Tujuan lawatan itu juga ialah bagi membuat pemeriksaan aset dan penyelenggaraan peralatan ICT bagi kemudahan Guru-guru Agama Orang Asli di Lojing.

Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru Agama Orang Asli di sempurnakan oleh Tuan Setiausaha MAIK, YBrs. Tuan Haji Che Hamat Bin Che Muda. Bersama beliau juga ialah YBrs. Ustaz En. Alias bin Harun merupakan Pegawai Dakwah MAIK dan YBrs. Ustaz Haji Ahmad bin Nordin iaitu Penolong Hal Ehwal Islam MAIK sebagai Pengerusi Majlis. Tuan Setiausaha MAIK menyerahkan Laptop tersebut kepada Ketua Guru Agama Orang Asli iaitu YBrs En. Aris bin Ramli untuk diagihkan.

Menurut YBrs. Tuan Haji Che Hamat Bin Che Muda, MAIK akan menyediakan perkhidmatan telefon, faks dan internet kepada Asrama Saudara Baru, Kg Sigar bagi memperluaskan komunikasi dan akses ke perkhidmatan atas talian. Selain itu juga MAIK akan membina satu sistem secara web based bagi membolehkan Guru Agama memasukkan maklumat-maklumat saudara baru secara online. Maklumat tersebut akan terus di simpan ke pangkalan data di Pejabat MAIK. MAIK juga akan menyediakan tambahan buku-buku agama dan dakwah sebagai sudut bacaan dan mengadakan aktiviti sukan bagi mengeratkan silaturahim antara mereka dengan MAIK.

Ucapan aluan oleh Pegawai Dakwah MAIK, YBrs. Ustaz En. Alias bin Harun dalam majlis tersebut menyarankan agar Guru-guru Agama dapat menggunakan kemudahan ICT yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk menjalankan kursus dakwah di asrama tersebut.

Ketua Guru Agama Saudara Baru Orang Asli, YBrs En. Aris bin Ramli iaitu wakil kepada guru-guru agama lain mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada MAIK dan menyampaikan cenderamata kepada Tuan Setiausaha MAIK sebagai kenangan dan tanda penghargaan.

Seterusnya, pemeriksaan aset dan penyelenggaraan peralatan ICT dilakukan oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer.

Disediakan Oleh : Wan Nor Iwaney Binti Wan Mohd Nasir

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini420
Kelmarin1068
Minggu Ini9307
Bulan Ini30415
Keseluruhan773451

X