• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Syaaban 11 1441
Ahad April 05 2020

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH YALA, THAILAND

01 April 2013 (Selasa) bersamaan 20 Jamadilawal 1434H – Majlis Agama Islam Wilayah Yala telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Turut hadir ialah Penasihat Perdana Menteri Thailand, YBhg. Dato Haji Suthiphan Sririkanon. Delegasi rombongan seramai 52 orang yang terdiri daripada wakil dari Majlis Perbandaran Yala, Pentadbiran Mukim, Persatuan Imam Wilayah Yala dan juga Pejabat Kebudayaan Wilayah Yala. Rombongan diketuai oleh YBrs. Haji Narorpon Lehtee iaitu Deputy Gabenor dan YBrs. Ustaz Haji Muhamad Soleh Wanding iaitu Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Yala.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga berkongsi ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs. Tuan Haji Che Hamat Bin Haji Che Muda mengalu-alukan kedatangan Majlis Agama Islam wilayah Yala. Seterusnya ucapan balas dari YBhg. Dato Haji Suthiphan Sririkanon, Penasihat Perdana Menteri Thailand yang merupakan wakil kepada delegasi rombongan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sambutan dan layanan yang diberikan oleh MAIK kepada mereka. MAIK sangat berbesar hati menerima rombongan tersebut.

 

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini618
Kelmarin3649
Minggu Ini21956
Bulan Ini16035
Keseluruhan867335

X