• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS RAMAH MESRA YABHG DATO' PENASIHAT KHAS KEPADA YTM TENGKU YANG DIPERTUA, MAIK BERSAMA ANAK YATIM DARUL AITAM

06 Julai 2013 (Sabtu) - Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra Bersama YABhg Dato' Penasihat Khas kepada YTM Tengku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk beramah mesra bersama YABhg Dato' Penasihat Khas kepada YTM Tengku Yang Dipertua MAIK dengan anak-anak yatim Darul Aitam disamping memberi semangat dan motivasi serta nasihat kepada anak-anak yatim Darul Aitam supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam hidup.

Seramai 200 orang anak-anak yatim Darul Aitam Putera dan Puteri dan kakitangan yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis juga menerima sumbangan 200 kotak snack plate Kentucky Fried Chicken daripada QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd untuk meraikan anak-anak yatim Darul Aitam.

Disediakan Oleh : Nor Jehan Bt. Abdullah

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini182
Kelmarin1563
Minggu Ini4444
Bulan Ini35891
Keseluruhan778927

X