• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Syaaban 11 1441
Ahad April 05 2020

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM RAUDHAH DIHATIKU (2013) DAN IMARAH MASJID

06 JULAI 2013 - Program Raudah Dihatiku anjuran TV9 dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah diadakan di Masjid Al - Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian bermula pada 7 pagi hingga 6 petang.

Raudah Dihatiku telah membawa pelbagai aktiviti ke perkarangan masjid untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak, remaja serta dewasa dan secara langsung menjadikan masjid sebagai hab aktiviti untuk pertemuan masyarakat, perkongsian ilmu, serta penjanaan pandapatan dan bukan sekadar dikunjungi untuk beribadah.

Pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga telah berlangsung di booth utama Raudhah Di Hatiku. Antaranya siaran langsung program Nasi Lemak Kopi O, siaran langsung program Al Kulliyyah bersama Ustaz Mustafa Kamal Hamzah, rakaman program Halaqah bersama Ustaz Hanafiah Abdul Malek, siaran langsung Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sarhan Safie, rakaman program Tanyalah Ustazah bersama Prof.Dr.Muhaya Muhamad serta rakaman program Adik Tanya Ustaz bersama Ustaz Safwan Syafiq.

Program Raudah Dihatiku turut menyediakan aktiviti tertutup untuk kaum Muslimah di booth Lin Nisa' bermula jam 8.30 pagi. Lin Nisa' merupakan satu platform untuk mendidik wanita untuk mengenal dan memperbaiki diri dari segi fizikal dan spiritual. Perkongsian pengalaman artis dan wanita ternama mengenai penghijrahan dan bagaimana perbaikan diri itu penting didalam kehidupan seorang wanita. Bersama Lin Nisa', pelbagai aktiviti menarik disajikan khusus untuk wanita islamiah seperti perkongsian penghijrahan bersama Diana Amir dan Farah Asyikin, tutorial hijab, pertunjukan busana, halaqah bersama Da'i Adibah "Persediaan Ramadan - Muslimah".

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

#
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini585
Kelmarin3649
Minggu Ini21923
Bulan Ini16002
Keseluruhan867302

X