• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Syawal 10 1441
Rabu Jun 03 2020

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEMBARA DAKWAH DAN PEMANTAUAN MASJID

10-13 JUN 2014 (SELASA-JUMAAT) - Masjlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Program Kembara Dakwah dan Pemantauan Masjid bersama YABhg Dato’ Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang DiPertua MAIK iaitu Dato’ Nik Kamarudin Ismail. Program ini telah diadakan bertempat di Perkampungan Orang Asli, Pos Balar Gua Musang.

Program Kembara Dakwah dan Pemantauan Masjid telah berlangsung selama empat hari tiga malam yang merupakan ekspedisi kembara MAIK bagi penyebaran dakwah islamiah kepada masyarakat orang asli serta sesi rakaman videografi dan gambar fotografi masjid bagi tujuan penyediaan Buku Profil Masjid. Turut serta juga pegawai-pegawai dan kakitangan MAIK bersama Kelab Sukan & Rekreasi 4x4 Lipan Bara, Penguatkuasa Gua Musang dan wakil daripada Pejabat Tanah Kuala Krai.

Disamping itu juga, Program Kembara Dakwah dan Pemantauan Masjid telah menjelajah ke beberapa lokasi lain iaitu di Pos Hendrop, Masjid Lojing dan Asrama Saudara Baru Orang Asli, Kg. Sigar, Lojing. YABhg Dato’ Nik Kamarudin Ismail turut sama turun padang bagi menyampaikan sumbangan bantuan kepada saudara baru di setiap lokasi persinggahan. Penduduk orang asli menerima mesra kunjungan tersebut. Program ini sekaligus dapat menyelami budaya masyarakat orang asli dan mengeratkan silaturrahim serta dapat beramah mesra bersama masyarakat orang asli dengan MAIK.

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

#
www.flickr.com

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini162
Kelmarin3816
Minggu Ini8672
Bulan Ini8672
Keseluruhan1184703

X