• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Ahad Jun 07 2020

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MINGGU SUKAN DARUL AITAM MAIK, 2014

11 September 2014 bersamaan 18 Zulkaedah 1435H - Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP)/ Darul Aitam telah menganjurkan program Minggu Sukan Darul Aitam khusus untuk anak-anak Darul Aitam MAIK.

Antara objektif program adalah bagi melahirkan anak-anak Darul Aitam yang mempunyai akal dan tubuh badan yang sihat di samping memberi ruang kepada para peserta untuk saling mengenali dan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam satu komuniti.

Aktiviti Minggu Sukan Darul Aitam 2014
Sebanyak enam jenis permainan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong dan karom. Hampir keseluruhan penghuni tanpa mengira usia melibatkan diri dalam pertandingan berkenaan. Melalui program ini juga, pihak urus setia dapat mengenal pasti bakat dan kebolehan para penghuni. Bagi memeriahkan lagi suasana, pertandingan futsal, bola jaring, dan bola tampar turut diadakan di antara urus setia dan penghuni.

Aktiviti ‘Cuci Kereta Amal’
Selain acara sukan, program minggu sukan ini disudahi dengan aktiviti Cuci Kereta Amal oleh penghuni Darul Aitam Putera dengan harga istimewa. Penghuni diberi pendedahan cara-cara mencuci kereta yang betul sebelum aktiviti ini dijalankan. Mereka dididik bahawa sesuatu hasil hanya akan diperolehi apabila kita berusaha. Aktiviti ini turut mendapat sambutan daripada kakitangan MAIK apabila khidmat Joki Kereta disediakan. Selain kenderaan persendirian, kenderaan pejabat termasuk sebuah bas turut dicuci.

Akitiviti Jom Memasak
Program Jom Memasak diadakan bagi penghuni Darul Aitam Puteri pada hari terakhir minggu sukan. Sebanyak dua menu ringkas diajar kepada peserta bagi memudahkan mereka melaksanakannya di rumah. Menu berkenaan ialah Kek Coklat Kukus dan Salad Daging. Aktiviti ini memberi pendedahan secara praktikal kepada para penghuni apabila Chef Jemputan membuka ruang kepada penghuni untuk turut membantu.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Minggu Sukan Darul Aitam MAIK 2014
Sebagai mengakhiri program Minggu Sukan ini, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah turut diadakan pada malam 14 September 2014. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Mudir Maahad Tahfiz al-Quran MAIK, Ustaz Sukeri Mohd. Noor. Rata-rata penghuni melahirkan rasa gembira dengan keseluruhan program. Mereka berpeluang membawa pulang hadiah masing-masing sempena cuti persekolahan kali ini. Program ini diharap dapat dijadikan sebagai program tahunan bagi Darul Aitam MAIK.

Disediakan Oleh : Azmi Bin Mat

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini333
Kelmarin3455
Minggu Ini23764
Bulan Ini23764
Keseluruhan1199795

X