• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERTANDINGAN MASJID TERBERSIH DAN IMAM,BILAL SERTA SIAK TERBAIK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1436H/2014M

24 Oktober 2014 bersamaan 29 zulhijjah 1435H - Saban tahun Perayaan Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan diserikan dengan acara pemilihan Masjid Terbersih dan Imam Terbaik.

Sebagaimana lazimnya, pihak MAIK diamanahkan untuk mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Masjid Terbersih dan Imam Terbaik Hijratul Rasul 1436H/2014M. Buat julung kalinya pada tahun ini turut diperkenalkan Anugerah Bilal Terbaik dan Anugerah Siak Terbaik. Majlis Sambutan Perayaan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1435H/2014M ini telah diadakan di Masjid Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat pada 24hb. Oktober 2014 yang disempurnakan oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan.

Pada tahun ini, sebanyak 9 buah masjid Bandar/Jajahan dan 10 buah masjid mukim serta 10 orang imam mukim, 10 orang bilal mukim dan 10 orang siak mukim telah dicalonkan bagi menyertai pertandingan tersebut. Bagi memilih dan membuat penilaian terhadap masjid-masjid dan Pegawai Masjid Mukim yang dicalonkan, sesi lawatan penilaian ke masjid-masjid berkenaan telah diadakan. Lawatan tersebut disertai panel-panel hakim yang mewakili Jawatankuasa Pemilihan iaitu terdiri daripada 4 agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan serta wakil dari MAIK. Sesi lawatan penilaian tersebut telah diadakan selama 6 hari, bermula dari 14hb. Oktober 2014 hingga 20hb. Oktober 2014.

Setelah selesai proses penilaian dan pemarkahan, jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju memilih Masjid Bandar Sultan Ismail Petra, Tanah Merah dan Masjid Mukim Noraini, Pasir Hor, Kota Bharu sebagai masjid terbersih pada tahun ini. Kedua-dua masjid tersebut mengungguli kategori masjid Bandar/Jajahan dan masjid mukim. Tempat Kedua pula telah disandang oleh Masjid Bandar Ibrahimi, Jajahan Pasir Puteh dan Masjid Mukim Pemanak Kemuning, Machang. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Masjid Sultan Muhamad III, Jajahan Pasir Mas dan Masjid Mukim Manal 1, Tanah Merah. Ustaz Haji Husin Bin Yunus, Imam Muda Masjid Mukim Manal 1, Tanah Merah pula telah terpilih sebagai tokoh imam mukim terbaik tahun 1436H/2014. Manakala bagi kategori Bilal dan Siak Masjid Mukim Terbaik pula masing-masing dimenangi oleh Ustaz Mat Jusoh Bin Hamzah (Bilal, Masjid Mukim Banggol Setol, Pasir Puteh) dan En. Mahamat Noor Bin Mat Salleh (Siak, Masjid Mukim Noraini, Pasir Hor, Kota Bharu).

Disediakan Oleh : Afidah Murni Binti Sakri

 

#
www.flickr.com

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini600
Kelmarin545
Minggu Ini1145
Bulan Ini25068
Keseluruhan548002

X