• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Safar 24 1441
Rabu Oktober 23 2019

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENUBUHAN TUDUNG SAJI CORNER

30 Oktober 2014 bersamaan 6 Muharram 2014 - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menubuhkan syarikat Masakan Anugerah Istimewa Kelantan (MAIK) Sdn. Bhd. bagi menguruskan restoran Tudung Saji Corner.

Objektif utama penubuhan syarikat ini adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kelantan, khususnya golongan asnaf selari dengan visi dan misi MAIK untuk menjadikan MAIK sebagai sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di Malaysia dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi Islam.

Restoran Tudung Saji Corner kini telah dibuka dan beroperasi di PT438 Tingkat bawah, Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan. Restoran ini beroperasi selama 17 jam dari jam 7 pagi sehingga 12 malam. Pelbagai hidangan menarik ditawarkan contohnya rusa sizzling, ketam lembut telur masin, oyster penkek, magi tiram, chicken chop tudung saji special, dessert daripada buku resepi warisan Cik Siti Wan Kembang, dan banyak lagi menu makanan lain yang sangat menarik. Tudung Saji Corner juga menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, jamuan makan malam dan juga jamuan hari jadi.

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini221
Kelmarin1310
Minggu Ini2824
Bulan Ini31813
Keseluruhan604252

X