• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN QSR BRANDS (M) HOLDINGS SDN BHD

27 November 2014 (Khamis) bersamaan 04 Safar 1436H - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd telah berlangsung pada 27hb. November 2014 (Khamis) pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Lama, MAIK.

Zakat Perniagaan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd bagi tahun 2013 berjumlah RM 11,319.00 dan zakat perniagaan KFC (Peninsular) Sdn Bhd bagi tahun 2013 berjumlah RM60,329.00 telah disampaikan oleh wakil pihak QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mohd Saludin, Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd kepada Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Turut serta ialah Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Azri bin Abd Rahman, Imam Besar MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Hana Pizi bin Abdullah, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Pegawai Zakat MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Murtadha bin Haji Abdullah dan juga wakil amil zakat korporat Yang Berusaha Ustaz Ismail bin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi Capaian Aspirasi Sdn Bhd.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini90
Kelmarin1629
Minggu Ini4089
Bulan Ini16199
Keseluruhan632938

X